0
A+ A-
Buah nangka sememangnya sedap untuk dimakan, tambah-tambah lagi yang sudah masak, sedap sangat! bagi  buah nangka yang belum masak juga boleh dijadikan bahan masakan yang enak juga, antaranya adalah  gulai nangka, kerabu nangka, gulai lemak nangka dan sebagainya.

Akan tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa buah nangka ada banyak khasiatnya, jadi kami kongsikan kepada anda semua 5 Khasiat Buah Nangka yang Ramai Tidak Tahu:

5 Kebaikan Buah Nangka yang Anda Tidak Tahu

5 Khasiat Dan Kebaikan Buah Nangka yang Kita Tidak Tahu:

1. Sebagai Antioksidan

Buah nangka juga mempunyai kandungan vitamin C yang tidak kurang tingginya berbanding buah oren serta epal. Oleh itu tidak hairanlah apabila buah ini amat berguna  sebagai antioksidan. Selain itu, ianya juga mempunyai kandungan gula iaitu  fruktosa serta sukrosa yang amat sangatlah diperlukan untuk menambahkan tenaga dalam tubuh kita.

2. Dapat Melindungi Kesihatan Mata

Buah nangka juga mempunyai kandungan vitamin A serta C padanya. Ianya adalah antioksidan yang sangat baik untuk metingkatkan daya ketahan tubuh badan serta dapat menjaga kesihatan mata.

3. Dapat Menjaga Tekanan Darah

Buah yang dengan kulit berduri ini juga mempunyai kalium yang sangat tinggi iaitu elektolit yang dimana amat berguna untuk menjaga tekanan darah anda supaya terus normal dan mencegah sebarang jangkitan.

4. Dapat Mencegah Risiko Serangan Jantung serta Stroke

Buah yang sememangnya memiliki ukuran super besar ini dapat memeberikan manfaat untuk mencegah risiko terkena serangan penyakit jantung serta stroke. Buah nangka juga mempunyai banyak  vitamin B seperti niacin,  riboflavin, thiamin serta folat yang dimana ianya amat  diperlukan oleh tubuh kita.

5. Dapat Membantu Pembentukan Tulang

Untuk pengetahuan anda juga di dalam biji buah nangka mempunyai kandungan yang disebut beton ini dapat memberikan kandungan gizi seperti protein, karbohidrat serta tenaga yang tidak kurang hebat seperti  buahnya.

Mineral yang sangat penting seperti zat besi, fosfor, serta kalsium yang ianya dimana dapat menjadi peranan paling utama dalam pembentukan tulang.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top