0
A+ A-
Penjelasan Uqasha Senrose Isu Buka Tudung di Koh Lipe Thailand | Sebelum ini, ada pihak yang mempersoalkan kejujuran Uqasha Senrose dalam menutup aurat selepas beberapa foto beliau tidak memakai tudung ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand mula tersebar. Malah, aktres itu juga mengenakan pakaian yang agak seksi ketika bergambar bersama Iqram Dinzly.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai kritikan daripada orang ramai, Uqasha tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubungan kontroversi berkenaan.

Terbaru, menerusi portal Utusan Online Uqasha seakan mengakui kesilapannya itu dan berharap agar peminat memberikannya peluang kedua. Sebagai manusia beliau tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.


Akhirnya Uqasha Senrose Buka Mulut Isu Buka Tudung di Thailand

“Saya sedar itu semua kesilapan di atas kejahilan diri sendiri yang masih terlalu cetek ilmu agama. Sebenarnya, bagi saya, manusia ini banyak dugaannya dan kejadian itu merupakan dugaan yang telah tertulis untuk saya. Saya akui, iman diri ini tidaklah sekuat mana, kadang kuat, kadang ke laut juga.”

Malah, Uqasha juga langsung tidak menyimpan perasaan dendam ataupun marah terhadap individu yang menyebarkan fotonya itu sehingga mencetuskan gosip hangat.

“Saya mahu berterima kasih sebenarnya kerana jika dia tidak menegur kesilapan yang dilakukan, mungkin sehingga hari ini saya akan terus melakukan tindakan yang sama tanpa menyedari benda itu salah.

Tiada manusia yang sempurna, seperti yang saya cakapkan, apa pun yang dikatakan oleh peminat atau pihak yang membenci, saya terima seadanya tanpa rasa marah.”

Buat Uqasha, apa yang terjadi adalah satu pengajaran untuk beliau lebih berjaga-jaga untuk tidak melakukan kesilapan selepas ini. Namun, Uqasha sekali lagi memohon agar masyarakat untuk tidak terus menghukum beliau dan memberinya masa untuk memperbaiki dirinya.

“Saya juga minta agar masyarakat tidak terus menghentam dan memberikan peluang kepada saya untuk memperbaiki diri. Saya masih muda, banyak lagi yang perlu belajar, teguran itu salah satu daripada cara untuk diri ini bermuhasabah.”

Bukan semua masyarakat ingin menghukum, tetapi kan lebih senang jika awal-awal lagi Uqasha sudah mengakui kesilapan beliau? Kejujuran, itu sahaja yang peminat mahu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top