0
A+ A-
Wanita Ini Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Membuang Ketagihan Ice | Ketagihan dadah amat sukar untuk dibuang apatah lagi jika anda mampu untuk mendapatkan bekalan secara berterusan.

Termasuklah wanita ini yang terjebak dengan najis dadah jenis Ice yang terpengaruh dengan kenalan terdekat sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi memuaskan ketagihan.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Nifm Muhamad dan semoga ia menjadi inspirasi kepada anda di luar sana terutama yang terjebak dengan masalah yang sama seperti yang dihadapinya.

“Aku Bangkit Semula Selepas Lama Menagih Ice”

"AKU BANGKIT SEMULA SELEPAS PUAS MENAGIH ICE!!!"

Bismillahirahmanirahim....

Betullah kata orang, pengaruh kawan itu adalah penting bila kita sudah start berumur 20 tahun keatas. Baik rakan kita maka baiklah kita. Jahat kawan kita maka jahatlah kita..Setuju?

Sama seperti aku, hidup aku yang sebelum ni boleh dikatakan 'OK' dan best-best dengan gaji rm4k sebulan, kadang-kala lebih (kerja sales kan) berubah pada umur aku 27 tahun. Tekanan kerja dan pengaruh daripada kawan menyebabkan aku terjebak dalam dunia najis NO 1 negara ini.

Pada ketika itu dan usia semuda itu,apa lagi yang perlu dikejar selain daripada keseronokkan. Ye..memang aku rasa seronok, enjoy, best dan aku rasa tak ada masalah yang perlu aku fikirkan. Aku jadi lupa diri, riak, angkuh, bongkak dan segala-galanya ketika itu tanpa aku sedari.

Wanita Ini Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Membuang Ketagihan Ice

Bulan demi bulan, aku semakin tegar dengan najis ini! Aku tak sedar sebenarnya bukan aku tak ada masalah..tetapi yang sebetulnya aku sedang lari dari masalah. Macam mana disebabkan keseronokkan ini sebenarnya masalah yang aku dapat bertambah banyak. Ya Allah..rumah sewa tak mampu aku bayar (tuan rumah siap tukar kunci rumah ye), kereta satria terpaksa aku sorokkan. Duit kat mak bapak kalau sebelum ini aku mampu bagi setiap bulan tetapi keadaan dah terbalik.

Aku pula yang meminta setiap bulan sehinggakan mak aku terkejut dengan perubahan aku. Apa sebenarnya dah jadi dengan anak dia? Habis je duit gaji, mula mencari adik beradik dan kawan-kawan untuk meminjam. Masa ni dah takde perasaan malu dah yang penting aku tau aku nak duit.Duit gaji tak sampai 1 minggu habis. Habis hanya untuk ICE, ICE & ICE~~~. Kuat betul penangan benda alah ini sehinggakan aku dah bukan jadi diri aku sendiri. Setiap hari aku pergi kerja bukan untuk dapatkan sales kt company tetapi sibuk mencari alasan apa yang nak dibagi. Sehinggakan 1 tahap aku dah tak ada alasan lagi, jadi aku decide untuk berhenti sahaja.

Betullah kata orang lagi, kita boleh lihat siapa kawan dan siapa lawan bila kita sudah tidak ada apa-apa. Kawan banyak yang sudah melarikan diri dari aku, baik yang baru atau yang lama. Bila saat aku tidak ada apa-apa, kosong dan menjadi penganggur ketika itu, membuatkan aku tertanya-tanya dalam diri aku sendiri, apa sebenarnya yang aku nak cari dalam hidup aku. Adakah terus berperang dengan najis ini?sampai bila?untuk apa & kenapa??

Cara Wanita Ini Membuang Ketagihan Ice

Allah Maha Besar. Sesungguhnya Dia akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Di saat aku mencari identiti aku semula, Allah temukan aku dengan kawan lama aku dan membawa aku bekerja ditempat baru dengan suasana baru serta kawan-kawan yang baru.

Alhamdulillah mereka tahu masalah yang aku hadapi dan membantu aku untuk berhenti daripada terus rosak dengan najis itu lagi. Dan syukur aku pulih dan menjadi normal selepas bertekad dan berusaha untuk mengubah hidup aku menjadi orang yang berguna terutama kepada mak bapak aku. Ini juga adalah disebabkan aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan positif.

Bila dah jadi orang normal, maka aku pun dapat berfikir dengan normal sehinggakan normal ni lah buat aku pening kepala hari-hari dek kerana rupanya bila dicampur bahagi untuk 3 tahun itu sahaja aku dibebani dengan hutang sebanyak RM80KKKKK!!!(credit card/kereta)Subhanallah banyaknya..macam mana pulak aku nak settlekan dengan keadaan gaji aku yang tak seberapa ni. Hati aku memberontak untuk cari jawapan dan tindakan apa perlu aku buat lagi. Kalau aku masih kerja makan gaji, isnin-sabtu, gaji purata RM6K-RM8K, aku rasa sampai bila-bila aku tak dapat nak settlekan hutang ni..lagi-lagi target aku masa tu nak beli rumah untuk mak bapak aku duduk.

Cara Wanita Ini Membuang Ketagihan Ice

Kalau nak diingat cita-cita aku masa kecil dulu nak jadi seorang jutawan. Tak tahu apa yang nak di jutakan pun aku tak tahu. Macam-macam bisnes aku buat, termasuklah F&B. Tapi aku rasa masih tak mampu lagi untuk menampung komitment aku! sehinggakan pada bulan 8 tahun lepas aku menceburkan dan memberanikan diri dengan 'MY TAAMAARAA'. Taamaaraa telah mengubah hidup aku 200%. Apa yang aku hajati dengan mudah Allah perkenankan. Dengan lahirnya Taamaaraa aku seperti tidak percaya, hutang lapok aku yang beribu itu, aku mampu melangsaikan dalam masa 4 bulan sahaja.

Dalam masa sesingkat Taamaaraa diperkenalkan, kini aku mampu menghadiahkan sebuah rumah untuk mak abah aku yang tersayang.Bunyi macam tak percaya kan? Tapi inilah yang aku rasai dan nikmati dengan pendapatan aku RM50K sebulan semuanya tidak mustahil. Semuanya dengan izin Allah yang memudahkan. 2 perkara penting aku nak buat tahun ni, sudah tercapai iaitu langsaikan hutang dan hadiahkan sebiji rumah untuk mak aku.

Kini hidup aku huru hara dengan My Taamaaraa. Bangun tidur ingat My Taamaaraa, sebelum tidur ingat My Taamaaraa, kerja aku sekarang sibuk menguruskan MY Taamaaraa. Aku busy dengan My Taamaaraa. Aku tak nak toleh ke belakang lagi.Dengan My Taamaaraa juga Inshaa Allah aku akan bawa mak dan abah aku menunaikan umrah..Aaamiin..

Aku: Mak..rumah dah ada..hutang dah habis bayar..mak nak tambah apa-apa mak?

Mak: Sila kahwin segera

Inshaa Allah tahun depan aku akan berkahwin dengan pilihan hati aku sendiri. Moga Allah mempermudahkan lagi~~~Aamiin..

Pesanan ikhlas dari aku, jangan mudah putus asa selagi korang tak dapat apa yang korang nak. Pilihlah kawan yang betul untuk korang berada dilandasan yang betul. Sekarang aku dikelilingi dengan kawan-kawan jutawan sebab aku nak capaikan cita-cita aku untuk jadi jutawan;)

P/s: Sila 'share' untuk bagi manfaat kepada kawan-kawan yang selalu rasa nak give-up!!!

Ikhlas...

Aku & My Taamaaraa

Catat Ulasan Blogger

 
Top