0
A+ A-
Haram Ambil Barangan Dari Kenderaan Terlibat Kemalangan Tanpa Kebenaran | SHAH ALAM 12 Mac – Orang ramai khususnya umat Islam diingatkan supaya tidak mengambil apa-apa barangan termasuklah makanan dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kerana perbuatan itu tidak boleh dilakukan sama sekali dan hukumnya adalah haram sekiranya baranganitu diambil tanpa kebenaran dari pemiliknya.

Perkara itu ditegaskan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.

"Haram tetap haram, kenderaan yang membawa muatan barangan atau makanan terlibat dalam kemalangan itu ada pemiliknya. Pemandu kenderaan yang membawa muatan tersebut itu adalah pemegang amanah.

"Maka, mana-mana pihak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil apa-apa barangan atau makanan daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sama ada barangan itu kecil atau besar tanpa kebenaran pemiliknya," katanya menurut laporan Utusan Online.

Ambil Barang Dari Kenderaan Kemalangan Tanpa Kebenaran Adalah Haram
Gambar Hiasan.

Mohd Tamyes berkata sedemikian ketika mengulas tentang penyebaran gambar orang ramai mengutip vico dari lori yang terbalik di Jalan Klang-Teluk Intan pada pagi semalam.

Mohd Tamyes juga turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil tanggungjawab membantu mana-mana pemandu kenderaan yang terbabit kemalangan selain bersama-sama melindugi barangan yang dibawa oleh kenderaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi hari ini menafikan laporan dari sebuah portal arus perdana yang menyatakan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan yang menyebut pihak pengurusan lori terbabit telah memberi kebenaran kepada orang ramai mengambil barangan tersebut.

"Saya cuma mengesahkan ada kemalangan. Itu sahaja.

"Ya, saya ada diberitahu tentang laporan (dari media arus perdana) itu. Saya minta pihak-pihak berkenaan betulkan lah", kata Ruslan Abdullah ringkas.

Pihak pengurusan lori pula ketika dihubungi berkata pihaknya terkejut apabila melihat gambar orang ramai mengutip vico yang viral.

Selain itu pihaknya juga berharap perkara seumpama tidak berlaku di masa hadapan dan berharap agar orang ramai lebih prihatin.

Semalam, beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip produk vico yang terjatuh dari sebuah lori terbalik. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top