0
A+ A-
Pakar Perjelas Isu Buka Tingkap Kereta Sedikit Untuk Elak Meletup Semasa Cuaca Panas | Sejak negara kita dilanda fenomena EL Nino yang menyebabkan cuaca panas luar biasa sehingga mencapai 40 darjah Celsius, pelbagai berita dan spekulasi disebarkan di media-media sosial Facebook, Twitter dan Whatapps.

Terbaru tersebar sebuah pesanan yang kononnya telah dikeluarkan oleh pihak TNB dan SMART di mana berdasarkan pesanan itu mengingatkan kepada semua pengguna kenderaan bertingkap yang berjemur lebih daripada 2 jam di bawah bacaan suhu melebihi 39.7 darjah Celsius supaya tidak menutup rapat cermin kereta mereka kerana akan menyebabkan tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar lapor Siakapkeli.

Benarkah Semasa Cuaca Panas, Buka Tingkap Kereta Sedikit Untuk Elak Meletup?

Antara mesej palsu yang disebarkan 

Pakar Perjelas Isu Buka Tingkap Kereta Sedikit Untuk Elak Meletup Semasa Cuaca Panas

Pakar Perjelas Isu Buka Tingkap Kereta Sedikit Untuk Elak Meletup Semasa Cuaca Panas

Bagi menjawab mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, yang dihubungi Berita Harian telah menjelaskan mengenai perkara ini.

"Jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup," katanya.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, kejadian itu tidak berlku dan apa yan disebarkan di media sosial adalah mengarut dan tidak perlu dipercayai.

"Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

"Mengenai perlu menurunkan tingkap sehingga 30 peratus itu adalah helah bagi aktiviti jenayah oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Penyebar berita palsu berkenaan telah meletakkan nama syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menunjukkan berita tersebut adalah daripada TNB dan sahih di mana bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

TNB ketika dihubungi oleh Berita Harian menafikan mesej tersebut dikeluarkan oleh mereka dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.

Menurut Pakharuddin lagi, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Metereologi. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top