0
A+ A-
Tak Tahu Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar 'Bimbo' | RANCANGAN realiti berbentuk game show Clever Girl Malaysia yang bersiaran di TV3 terus menerus menerima kecaman dan kritikan hebat netizen walaupun sudah memasuki episod kedua.

“Bimbo Pun Boleh Masuk Clever Girl. Memalukan!”

Rata-rata menyifatkan 14 gadis jelitawan yang menjadi peserta program ini tidak memiliki IQ yang tinggi seperti digambarkan dek kerana gagal menjawab soalan yang dilihat seakan pop kuiz lapor Mynewshub.

Tak Tahu Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar 'Bimbo'

Jika pada episod pertama peserta dari Johor, Wan Zarith Sofea dikritik kerana tidak kenal antara Mahatma Gandhi dan Mother Teresa, episod kedua menyaksikan peserta yang mewakili Selangor, Arina Mohd Fairin dihentam kerana gagal mengenalpasti bilangan warna bendera Malaysia. 

“Mahatma ghandi seorang wanita? Bendera Malaysia 5 warna? Oh sangat clever girl,” komen Mardhiah Shakir. 

“Duk riuh satu rumah pasal bendera Malaysia ada 5 warna. Hahaha,” kata Zulaikha Zol pula. 

“Belajar tinggi-tinggi, Jalur Gemilang pun tak tahu, “ ulas Amirul. 

Tak Tahu Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar 'Bimbo'

Lebih parah, pihak produksi turut dikecam gara-gara soalan “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok” selepas pengacara rancangan itu, Alif Satar mengesahkan jawapan adalah tiga. 

Tak Tahu Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar 'Bimbo'

Walhal jawapan sebenar bagi soalan itu adalah empat iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. 

Paling menyedihkan, ada netizen yang mula menggelar peserta-peserta Clever Girl sebagai ‘Bimbo’ (gelaran untuk wanita yang cantik tapi dungu) di media sosial. 

Tak Tahu Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar 'Bimbo'

Tak Tahu Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar 'Bimbo'

Sehubungan itu, ramai yang berasakan program pencarian ‘gadis pintar’ Malaysia seperti ini tidak sepatutnya ditayangkan kerana boleh menjatuhkan maruah peserta itu sendiri.

Tonton video peserta Clever Girl gagal jawab berapa warna bendera Malaysia di bawah.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top