0
A+ A-
Kisah Sayu Datuk Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang | Amerika Syarikat - Impian seorang warga emas yang mahu makan malam bersama enam cucu dirumahnya di Oklahoma hampa apabila hanya seorang dari cucu-cucunya itu yang hadir.

Kisah sedih warga emas itu dikongsi oleh satu-satu cucunya yang hadir, Kelsey Harmon dan kini mendapat lebih dari 150,000 retweets di Twitter dalam masa 2 hari.

Datuk Teruja Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang

Kelsey memuat naik gambar datuknya yang dikenali sebagai Papaw itu di akaun Twitter sekaligus membangkitkan rasa simpati dan marah netizens.

Kelsey menulis di Tweet tersebut "Datuk memasak 12 burger untuk makan malam bersama enam cucunya, tapi hanya saya seorang yang datang. Sayang sayang datuk".

Laporan Buzzfeed pula menceritakan secara terperinci kisah Papaw.

Kesyley berkata : "Jadi saya duduk dan dapatkan satu pinggan, tapi dia tunggu kerana dia mahu pastikan semua orang dapat makanan secukupnya. 30 minit berlalu dan dia memutuskan untuk makan satu. Sejam selepas itu dan masih tiada orang yang muncul. Saya boleh cakap dia kelihatan kecewa, tapi saya pastikan kami duduk bersama dan lepak. "

Kisah Sayu Datuk Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang

Setelah viral, netizens mula 'menyerang' sepupu-sepupu Kelsey yang lain sehingga ada yang diugut bunuh.

Keadaan itu memaksa Kelsey memuat naik tweet lain yang memberitahu bahawa datuknya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Beberapa jam selepas itu, Kelsey memuat naik pula satu tweet yang berkata dia tidak mempunyai niat untuk mencari publisiti sebaliknya hanya mahu menunjukkan penghargaan dan rasa sayang kepada datuknya.

Sementara itu, beberapa keping gambar yang telah diedit juga dimuat naik di media sosial untuk 'mengabadikan' kisah sedih papaw dengan hashtag #pawpaw

Kisah Sayu Datuk Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang

Kisah Sayu Datuk Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang

Kisah Sayu Datuk Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang

Kisah Sayu Datuk Buat Burger Tapi Cucu Tak Datang

Catat Ulasan Blogger

 
Top