0
A+ A-
Isu Haiza Tiru Fara Fauzana | SEPERTI ramai sedia maklum, Haiza kini merupakan penyampai radio Kool FM, stesen radio yang berada di bawah naungan Media Prima Berhad. 

Haiza yang bergandingan dengan AG di slot pagi Kool FM bagaimanapun memberitahu, dia enggan dirinya dibandingkan dengan bekas penyampai Hot FM, Fara Fauzana. 

Ini kerana dia pasti ada pihak yang akan membandingkan dirinya dengan Fara yang merupakan gandingan AG sebelum ini di Hot FM lapor Mynewshub.

Didakwa Tiru Fara Fauzana, Ini Jawapan Haiza

Pelantun lagu Dag Dig Dug ini memberitahu sebuah portal hiburan, dia sedar akan komen-komen yang mengatakan suara dan bunyi ketawanya seakan-akan Fara. 

Namun bagi Haiza, Fara lebih berpengalaman, pernah menggondol beberapa anugerah serta merupakan penyampai radio yang tersohor dalam kalangan pendengar radio tempatan. 

Justeru dia berasakan penglibatan Fara dalam bidang penyiaran sangat jauh ke hadapan berbanding dirinya yang masih banyak perlu dipelajari. 

Menurut Haiza lagi, Fara antara individu pertama yang bertemu dengannya dan memberi kata-kata semangat untuk menggalas tugas sebagai seorang penyampai radio. 

Selain memberi kata-kata semangat, Fara turut berkongsi pengalaman sewaktu menjadi penyampai radio serta berkongsi pelbagai nasihat baik dari segi penyampaian radio, penggunaan media sosial dan banyak lagi. 

Selain menyertai stesen radio Kool FM, Haiza kini dalam proses mengeluarkan single terbarunya yang berentak slow rock. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top