0
A+ A-
Respon Uqasha Senrose Bila Disamakan dengan Handsome Squidward | Semalam, pengendali laman Himpunan Cerita Lawak, memuat naik gambar 'Handsome Squidward' dengan kapsyen, "Uqasha Senrose", mengundang banyak kritikan netizen. 

Gambar tersebut disamakan dengan Uqasha kerana bentuk pipi kedua-duanya yang cengkung dan bibir mungil kelihatan agak serupa lapor Pixelperfext.

Disamakan Dengan Handsome Squidward, Ini Respon Uqasha Senrose

"Kalau tak suka Uqasha Senrose, janganlah sampai memperlekehkan dia seperti ini. Siapa kita untuk mengutuk ciptaan Allah? Kita semua sama saja," kata Ayura Arryan. 

Rata-rata netizen menganggap pengendali laman itu cuba mengaibkan pelakon wanita terbabit. 

Bagaimanapun, pengendali laman itu tampil meminta maaf dan menyatakan bahawa mereka hanya bergurau sahaja. 

"Sorry, kita gurau jew," katanya. 

Apa yang menariknya, gambar itu telah menarik perhatian tuan empunya badan yang turut meninggalkan komennya di situ. 

"Apa ni?" kata Uqasha yang disertai dengan emoticon terkejut. 

Mujurlah Uqasha tidak berasa kecil hati dengan gurauan pengendali laman tersebut. Uqasha yang dahulunya agak berisi sedikit di bahagian pipi, kini semakin kelihatan semakin kurus. Namun keayuannya tetap terserlah.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top