0
A+ A-
Presiden KAFA Perjelas Isu Dr Vida Diberi Amaran | KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman masih baharu dalam sukan bola sepak. 

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, Hasmiza yang lebih popular dengan panggilan Dr. Vida belum memahami sepenuhnya peraturan ke atas pegawai perlawanan di stadium. 

Dr Vida Langgar Peraturan, Ini Penjelasan Presiden KAFA

“Amaran pihak pengelola Liga Malaysia kepada Dr Vida rasanya wajar. Namun kita harus memahami beliau tidak berniat melanggar peraturan. 

“Cuma sebagai “orang baharu” beliau mungkin belum memahami sepenuhnya peraturan apa itu kawasan teknikal, apa itu “accredited official” dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, KAFA akan menyampaikan peringatan itu kepada Dr. Vida supaya memenuhi semua peraturan yang ditetapkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam semalam memberi amaran kepada Dr. Vida agar mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan. 

Kevin dipetik berkata, terdapat beberapa peraturan perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain yang beraksi di padang. 

“Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang… itu sebab pemain yang berada di bangku simpanan memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi. 

“Selain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu dengan penyokong dan perkara-perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi,” katanya.

(Baca: Janji Dr Vida Selepas Langgar Peraturan di Stadium)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top