0
A+ A-
Rayani Air Disiasat Kerana Guna Boarding Pass Tulisan Tangan | Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementeriannya sedang menyiasat mengapa Rayani Air didakwa menggunakan pas penumpang masuk pesawat bertulisan tangan dan beberapa kali penerbangan dibatalkan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tindakan Rayani Air itu boleh mengundang ancaman keselamatan memandangkan ia tidak dapat dibaca oleh mesin pengimbas.

Menganggap syarikat berkenaan sepatutnya menyediakan pas masuk yang biasa, Liow berkata kementerian akan menyiasat mengapa mereka menggunakan dokumen begitu.

Malahan, zaman sekarang kemudahan pengimbas dengan kod pada telefon genggam juga mudah digunakan.

(Kemaskini: Penjelasan Rayani Air Isu Pas Penerbangan Tulisan Tangan)

Guna Boarding Pass Tulisan Tangan, Rayani Air Disiasat

“Ia (amalan menggunakan pas bertulisan tangan) boleh menjadi ancaman keselamatan, kerana kita mungkin tidak boleh membaca tulisan tangan tersebut.

“Mereka harus mempunyai pas masuk yang betul,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Sebelum ini gambar pas masuk Rayani Air dengan tulisan tangan tersebar di Internet selepas ia dimuat naik penumpang syarikat berkenaan.

Mereka turut mempertikaikan tindakan Rayani Air menggunakan kaedah itu kerana menganggapnya “hanya berlaku di Malaysia.”

Sementara itu, Liow berkata sebelum ini kerajaan memberi amaran kepada Rayani Air kerana membatalkan penerbangan tanpa memaklumkan penumpang serta tidak menggantikan dengan pesawat yang lain.

Kata Liow, amaran itu diberikan selepas kementerian menerima aduan daripada penumpang.

“Kami mengambil semua serius semua aduan termasuk mengenai pembatalan penerbangan tanpa notis dan tidak menggantikannya dengan penerbangan lain.

“Kementerian memberi amaran bahawa mereka perlu mematuhi peraturan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),” katanya.

Bulan lalu, lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi apabila penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang sepatutnya digunakan, mengalami masalah teknikal.

Kata Liow lagi, sekiranya mana-mana pelanggan tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan penerbangan, mereka boleh mengemukakan aduan kepada DCA.

Liow ketika ditanya mengenai Rayani Air mengalami kelewatan penerbangan hampir setiap hari berkata: ” Ya, setiap penerbangan mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama). Semua syarikat penerbangan perlu menepati sekurang-kurangnya 80 peratus daripada (jadual) ketibaan. Jika ia tidak mengikut masa yang ditetapkan, kementerian akan mengambil tindakan,” katanya.

(Baca: Semakin Ramai Tak Puas Hati Dengan Rayani Air)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top