0
A+ A-
Anak Hairan Kenapa Ibunya Simpan Roti Expired | "Mama, roti ini dah expired. Kenapa mama masih simpan?" soal Hana. 

"Mama nak buat makanan ikan," jawab saya dengan bersahaja. 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Azila Aziz yang kami kongsikan melalui Pexelperfext.

Ibu Simpan Roti Tamat Tempoh, Anak Jadi Bingung

Sambil menunggu van sekolah tiba, Hana tolong gunting sambil kami meluangkan masa dan di masa inilah yang sesuai untuk menyuntik pendidikan yang tidak formal dan inclusive learning, motorskil juga dilibatkan kerana Hana perlu fokus untuk mengunting dan banyak pembelajaran lain lagi. 

Setelah siap, kami jemur kerana cuaca panas. Balik dari sekolah dan makan malam. Selesai makan malam, kami pakcing pula ke dalam pack-pack kecil. 

"Hana, ambil penimbang di dapur. Kita kena timbang, biar adil dan sama rata 30 gram," arah saya padanya. 

"Kenapa mama?" Hana hairan. 

"Sebab nak jual, kenalah adil. Nanti Allah tanya," jelas saya padanya. 

"Ooo, faham-faham," sambil belajar ke dapur ambil penimbang. 

"Hana timbang betul-betul tau?" pesan saya pada Hana sekali lagi. 

Ketika ini, proses pembelajaran ilmu matematik, nilai murni dan kemahiran sedang berlangsung tanpa disedari. 

"Alhamdulillah, dapat 20 pack semuanya. Kalau Hana jual dengan harga 50 sen, Hana akan dapat RM10 dan tolak modal RM4.00, jadi untung bersih Hana dapat RM6.00," jelas saya padanya yang juga menerapkan ilmu keusahawanan dalam dirinya. 

"Yeay! Best! Best! Nanti Hana nak jual tepi tasik sebab Hana nak cari duit," katanya. 

"Hana malu tak?" 

"Tak, Hana nak jual banyak-banyak," katanya. 

"Hana kena akad jual 25 gram sahaja walaupun Hana timbang 30 gram. Kira 5 gram itu extra sedekah dan selamatkan kita dari timbangan yang salah atau ralat," kata Babahwan menyampuk sama. 

"Ooo, okay! Okay! Kalau orang tanya, cakap 25 gram, bukan 30 gram. Kalau dia timbang, mesti dapat 30 gram baru dia happy kan?" kata Hana. 

(Memasukkan nilai bertanggungjawab terhadap barangan yang dijual dan amanah) 

Sekali lagi, sekadar perkongsian dalam cara saya mendidik anak untuk menghayati pelbagai ilmu dalam kehidupan. Namun saya juga masih seorang ibu yang terkial-kial.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top