0
A+ A-
Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini, Inilah 8 Benda yang Anda Boleh Beli | RM 17.00 untuk sebungkus rokok adalah terlalu mahal. Namun orang ramai masih lagi membelinya.

Biarpun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, bilangan perokok di Malaysia masih lagi sukar untuk berkurang.

Hari ini, kami tunjukkan kepada anda apa yang boleh anda beli jika anda berhenti merokok bermula hari ini dan menabung duit rokok itu sedikit demi sedikit. Supaya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi inspirasi buat yang ingin berhenti merokok.

Menerusi Siakapkeli, kami kongsikan kepada anda 8 benda yang anda mampu beli sekiranya anda berhenti merokok mulai hari ini.

Inilah 8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Pengiraannya adalah sekotak rokok = RM17.00 dan anda menghisap sekotak rokok dalam masa sehari.

1 – Jika anda berhenti selama seminggu : (RM 119)

Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini, Inilah 8 Benda yang Anda Boleh Beli

Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio.

2 – Jika anda berhenti selama sebulan : (RM 510)

Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini, Inilah 8 Benda yang Anda Boleh Beli

Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Asus Zenfon Go di Lazada.

3 – Jika anda berhenti selama 3 bulan : (RM 1,530)

8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan, dua keping dinar emas Kelantan akan jadi milik anda. Harga terkini sekeping adalah RM742.

4 – Jika anda berhenti selama 6 bulan  : (RM 3,111)

8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 6s. Tahniah. Tapi kena ‘topup’ RM88 atau tahan lagi seminggu.

5 – Jika anda berhenti selama setahun : (RM 6,205)

8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC.

6 – Jika anda berhenti selama 5 tahun : (RM 31,025)

8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah di teres dua tingkat di selangor.

7 – Jika anda berhenti selama 10 tahun : (RM 62,050)

8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji.

8 – Jika anda berhenti selama 30 tahun : (RM 185,150)

8 Benda yang Anda Boleh Beli Sekiranya Anda Berhenti Merokok Mulai Hari Ini

Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak. Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja.

Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.

Catat Ulasan Blogger

 
Top