0
A+ A-
Jawapan Sebenar Soalan Filem Bujang Lapok Untuk Clever Girl Malaysia | Siapa tonton program Clever Girl malam tadi? Sangkakan kejadian minggu lalu akan memberi pengajaran kepada mereka, namun masih tidak berubah bila mana netizen sekali lagi mengkritik 'kecerdikan' soalan yang diberikan kepada peserta program itu. 

Soalan yang diberikan adalah berapa banyakkah filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok. 

Jawapan yang diberikan oleh peserta Clever Girl adalah, tiga dan jawapan itu disahkan betul oleh hos program, Alif Satar lapor Pixelperfext.

Kecerdikan Peserta Clever Girl Malaysia Terus Dipersoal

Bagaimanapun, peminat tegar filem klasik Bujang Lapok tampil menafikan jawapan itu dengan memuat 4 koleksi filem BUjang Lapok seperti: 

  • Bujang Lapok
  • Pendekar Bujang Lapok
  • Seniman Bujang Lapok
  • Ali Baba Bujang Lapok 


"Soalan di Clever Girl Malaysia, berapa filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok. Jawapan yang diberikan adalah 3. Masalahnya jawapan itu salah. Sebenarnya ada 4. Ini buktinya. Saya ada koleksi filem P.Ramlee tau. Jawapannya 4, bukan 3," kata Iffah Halim

Justeru, netizen sekali lagi mempersoalkan soalan yang diberikan itu benar-benar menguji minda atau sekadar menepati dakwaan bahawa Clever Girl hanya sekadar Game Show bagi memenuhi slot malam Ahad TV3? 

Terdahulu di minggu pertama Clever Girl, netizen mempersoalkan tahap kecerdikan pesertanya yang dilihat tidak mengenali Mahatma Gandhi serta tidak mengetahui bilangan negara yang terdapat dalam kepulauan Borneo.

Jawapan Sebenar Soalan Filem Bujang Lapok Untuk Clever Girl Malaysia

(Baca: Pesanan Penerbit Clever Girl Malaysia Kepada Pengkritik)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top