0
A+ A-
Rumah Sewa Penuh Sampah, Tuan Rumah Kecewa | Makcik dan pakcik saya di Johor Bahru telah menyewakan sebuah rumah flat kepada sepasang suami isteri. Tetapi beberapa bulan kebelakangan ini, duit sewa rumah tertunggak. 

Hari ini, pakcik saya telah pergi ke rumah sewa mereka untuk bertanyakan keadaan penyewa. Manalah tahu, mungkin mereka ada masalah sehingga tidak dapat membayar sewa. 

Kisah ini dipetik menerusi Ahmad Dhani Issarezal yang kami kongsikan melalui Pixelperfext.

Kenapa Anda Perlu Berhati-Hati Semasa Menyewakan Rumah Anda

Sampai saja di depan pintu, pakcik saya memanggil penyewa dari luar. Pintu rumah diketuk berkali-kali, namun tidak berjawab.

Jiran di depan rumah memberitahu bahawa rumah itu sudah lama tiada penghuni. 

Apabila pakcik saya membuka pintu, astaghfirullahalazim. Hampir terduduk pakcik saya melihat keadaan di dalam rumah itu. 

Itulah rumah pertama pakcik dan makcik saya beli selepas mereka berkahwin pada 26 tahun yang lalu. Rumah yang dibayar dengan titik peluh mereka berkerja. Itu juga adalah rumah dimana sepupu saya membesar. Sampai hati sungguh pasangan yang tidak bertanggungjawab itu.

Pengajaran untuk semua, kalau sewakan rumah, buat cara di barat. Ada perjanjian legal, ada dokumen penyewa yang lengkap, ada guarantor dan nyatakan pemilik rumah ada hak untuk buat pemeriksaan. 

Kepada pasangan berkenaan, perbuatan khianat anda mungkin tidak dibalas di dunia tetapi ingat, doa-doa orang yang anda aniaya itu pasti didengar Allah dan kami yakin balasan Allah itu pasti. Mohon viralkan dan nama penyewanya ialah Mardiah Sitam.

Rumah Sewa Penuh Sampah, Tuan Rumah Kecewa
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top