0
A+ A-
Pelanggan Beli iPhone 6S RM2,787.00 Dapat Kunci Mangga, Ini Respon 11Street.My | Sebelum ini kami ada melaporkan bagaimana seorang pelanggan 11Street.My kecewa apabila Iphone 6S yang dibeli atas talian olehnya 'bertukar' menjadi kunci mangga. Misteri bukan?

Terbaharu, lelaki yang dimaksudkan, Alans Ng ada mengeluarkan kenyataan mengenai kemaskini isu ini di mana dia akan menemui wakil penjual untuk penggantian produk esok. Alans juga meminta orang ramai agar tidak menyalahanggap pihak penjual dan 11Street.My.

(Baca: Penipuan Iphone 6S di 11Street.My)

Kenyataan 11Street.My Mengenai Isu Pelanggan Beli iPhone 6S RM2,787.00 Tapi Dapat Kunci Mangga

11Street.My juga sedang menahan bayaran yang dibuat oleh Alans kepada penjual sehingga isu ini selesai. Alans masih keliru dan tertanya-tanya bagaimana iPhone 6S boleh bertukar menjadi mangga kunci dan akan melaporkan kejadian ini kepada polis.

Berikut merupakan kenyataan daripada Alans Ng mengenai iPhone 6S yang dibeli di 11Street.My bertukar menjadi mangga kunci.

Pelanggan Beli iPhone 6S RM2,787.00 Dapat Kunci Mangga, Ini Respon 11Street.My

Kami juga berjaya mendapatkan kenyataan rasmi daripada 11Street.My berhubung isu iPhone 6S pelanggannya yang betukar menjadi mangga kunci.

Menurut 11Street.My, mereka telah menerima laporan dari Alans Ng dan memandang serius kejadian ini kerana ia merupakan jenayah.

iPhone 6S Jadi Kunci Mangga di 11Street.My

Jadi, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pihak pelanggan (Alans Ng), penjual dan orang tengah (11Street.My) tidak tahu menahu dalam hal ini dan masih keliru. Kita tunggu keputusan siasatan penuh mengenai kes penipuan iPhone 6S ini.

(Kemaskini: Update Kes iPhone 6S Bertukar Menjadi Kunci Mangga di 11Street.My)

Catat Ulasan Blogger

 
Top