0
A+ A-
Ramai Jururawat Keguguran Kerana Tekanan Kerja | Pemandangan seperti ini adalah pemandangan yang biasa bagi kami, kakitangan hospital. Tetapi ia tidak akan pernah viral di media sosial. 

Kakitangan kami akan bekerja walaupun sakit. Dengan tangan yang masih berjarum dan dengan drip, mereka tetap meneruskan kerja. 

Ada sahabat saya, doktor, yang patah kaki pun masih bekerja dengan kaki bersimen dan bertongkat. Bos saya, kemalangan hingga lumpuh dan berkerusi roda. Namun masih bekerja sepenuh tenaga dan bersemangat, meskipun bergelar OKU. 

Kerana Tekanan Kerja, Ramai Jururawat Keguguran

Kakitangan kami ramai yang keguguran ketika sedang bekerja dek tekanan kerja dan bebanan fizikal yang keterlaluan. Kadang-kadang kami sakit dan mendapat MC, namun masih memilih untuk terus bekerja kerana menyedari bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh rakan setugas sekiranya kami pulang ke rumah. 

Kami ibarat superhero yang berfungsi dengan luar biasa. Sedangkan ada sesetengah individu yang matanya merah sedikit pun sudah viralkan masalahnya di Facebook seperti dia akan menjadi buta. 

"Dah buta ke belum?" 

Ramai Jururawat Keguguran Kerana Tekanan Kerja

Ini semua tidak akan pernah viral. Yang akan viral hanyalah gambar curi kakitangan sedang berehat seketika di bilik, gambar kakitangan sedang kepenatan tidur. Sedangkan mereka penat setelah melakukan CPR berterusan menyelamatkan nyawa orang lain. Gambar-gambar doktor atau kakitangan yang bermain telefon juga akan viral kononnya mereka terlalu lapang sehingga tergamak membuatkan pesakit menunggu lama. 

Tak apa, biarlah kita viral di langit. Menviralkan segala perkara adalah cara hidup individu yang dahagakan like dan share di media sosial.

Catat Ulasan Blogger

 
Top