0
A+ A-
Lelaki Hilang Ingatan Akibat Strok Haba | Just nak share dengan semua. Hari ini adalah hari yang ke-12 saya menjaga suami di Hospital Dungun Terengganu. Suami terkena strok haba semasa bekerja. Dia memang bekerja di tengah cuaca panas. 

Kisah ini dipetik dari Facebook Effa Adnan yang kami kongsikan menerusi Pixelperfext.

Kes Hilang Ingatan Gara-Gara Strok Haba

Doktor dah tebuk kepala dan buang darah yang ada dalam kepala. Panas yang sangat melampau sehingga darah naik ke atas.

Tetapi sedihnya selepas pembedahan, banyak perkara yang suami lupa. Sedih melihat keadaan suami seperti ini. Menurut doktor, ambil masa tiga bulan untuk ingatan suami pulih sepenuhnya. 

Apa perasaan tuan/puan jika pagi sebelum pergi kerja, orang yang kita sayang elok berbual, bersalaman dan pergi kerja. Tiba-tiba dapat panggilan dah jadi begini? Lupa itu, lupa ini. Puncanya? Kurang minum air tambahan pula cuaca panas. 

Sama-samalah doakan untuk suami saya cepat sembuh dan pulih sepenuhnya. 

Lelaki Hilang Ingatan Akibat Strok Haba

Terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang sudi datang melawat suami saya, beri sokongan moral yang baik-baik. Tidak lupa juga kepada keluarga yang hari-hari datang tanpa jemu. Kepada kawan-kawan drift, ganos, kawan-kawan sekolah serta geng 86, terima kasih banyak-banyak. Sangat terharu.

(Baca: Lagi Dua Kes Strok Haba Dicatat)

Catat Ulasan Blogger

 
Top