0
A+ A-
“Kucing Baru Datang! Nanti Buang ke Tempat Lain!” | Di tempat kerja saya ada dua buah warung. Satu warung warna pink, satu lagi warna hijau. Pemilik warung berwarna pink, namanya ibu. Pemilik warung hijau, namanya Kak Ton. 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mizunieyta Izuha.

Kisah Dua Gerai dan Kucing yang Menginsafkan

Ibu masak tak adalah sedap sangat, macam pun cincai, asal boleh. Tetapi orang takdelah cakap tak sedap, tetapi kedai dia selalu ramai pelanggan. Kak Ton masak, not bad tetapi pelanggan tak ramai. 

Saya rajin ke warung ibu walaupun saya tahu masakan dia 'asal boleh'. Warung Kak Ton, jaranglah pergi. Kalau pergi pun terdesak nak beli air saja. 

Nak dipendekkan cerita, satu hari saya pergi ke warung Kak Ton nak beli air. Dari jauh nampak benda kecil berwarna oren. Datang dekat-dekat, "Eh? Anak kucing,". Tak pernah ada anak kucing. Bila tanya Kak Ton, dia kata kucing baru datang. Paling geram bila dia selamba berkata, 

"Nanti nak buang anak kucing ini ke tempat lain, tak suka kucing-kucing datang warung. Ganggu pelanggan saya nak makan," katanya. 

Kak Ton pun tak pernah nak bagi dua ekor kucing di warungnya makan. Hanya pelanggan warungnya saja yang rajin memberi. 

Berbeza dengan warung ibu, seorang cat lover. Sana sini ada kucing. Dalam kotak duit pun ada kucing tidur sampai orang kata warung itu dah macam warung kucing. 

Baru saya tersedar mengapa warung ibu sentiasa ramai orang berbanding warung Kak Ton. Allah memang dah bagi rezeki pada Kak Ton tetapi Kak Ton buang 'rezekinya' sendiri tanpa sedar. 

Kadang-kadang kucing kotor, busuk, sakit datang meminta makanan, itu semua ujian dari Allah. Cuma kita saja antara sedar dan tak sedar. jadi manusia tak perlulah nak kejam sangat. Ayam goreng atau ikan goreng standard warung RM2 je pun kan? 

Jadi, rezeki bukan datang dari kerja keras sahaja, atau kita saja, ihsan dari haiwan pun punca rezeki juga. Membebel pula saya. Kucing oreng di warung Kak Ton tu saya culik serta merta daripada dia dibuang oleh Kak Ton. Keringkan hati saja ambil kucing lagi.

Catat Ulasan Blogger

 
Top