0
A+ A-
"Ceraikan Saya! Awak Dah Terlanjur Dengan Janda Itu!" - Luahan Kesal Suami | 8 Tahun lepas, saya ada isteri yang cantik, berkerjaya, kaya dan mewah. Tetapi semua itu hasil usaha dia sendiri sebelum berkahwin dengan saya. 

Saya panggil dia Hani. Selepas setahun berkahwin, kami dapat anak yang saya panggil baby. Hani dengan baby penyeri hidup saya, tetapi Hani sibuk kerja siang malam. 

Hani aktif berniaga di sana sini. Pagi, kerja di syarikat guaman. Malam, Hani buat kerja perniagaan onlinenya dan hantar barang pada pelanggan. 

KAWAN MULA MENGHASUT

Hubungan kami bahagia sehinggalah baby berusia dua tahun. Kawan mula menghasut saya, kenapa balik kerja saja terus duduk di rumah, malam tak keluar, jarang balas mesej di WhatsApp group. 

Saya memberikan alasan bahawa saya sibuk menjaga baby, nanti lambat jemput anak dari rumah pengasuh, Hani tak ada dan sebagainya. 

Mula-mula saya tidak kisah apa yang mereka berkata tentang saya. Tetapi lama kelamaan saya termakan juga hasutan mereka yang kononnya Hani tidak mementingkan rumah tangga. 

Nak dijadikan cerita, saya mula balik lambat, selalu memarahi Hani. Hani duduk diam sahaja, tak melawan. Dia kata tak mengapa, nanti dia akan bayar lebih pada pengasuh. Di waktu malam, dia akan jaga baby walaupun terpaksa pergi berjumpa dengan pelanggan. 

Kisah Suami yang Menyesal Terlanjur Dengan Janda, Mahu Rujuk Isteri Balik
Gambar hiasan.

BERKENALAN DENGAN JANDA

Saya pula selepas itu asyik melayan media sosial seperti Facebook, sampailah terjumpa seorang janda ini. Kami berkawan selama 6 bulan sampai terlanjur. Saya berjanji akan berkahwin dengan janda ini, tetapi saya dibuang kerja kerana selalu ponteng pergi makan angin dengan janda ini. 

Bila saya pulang ke kampung, saya cerita pada ibu yang saya nak kahwin lain sebab Hani sibuk dengan kerja. Ibu bubuh sampai pekak telinga dan ibu beri penampar sekali. 

"Isteri awak sibuk bekerja mencari rezeki, awak pula sibuk berfoya-foya dengan janda itu. Rupa-rupanya Hani yang selalu hantar wang belanja pada ibu setiap bulan, bertanya khabar tentang ibu setiap hari sebab Hani anak yatim, tak ada sesiapa dah!" kata ibu. 

TERLAMBAT UNTUK MENYESAL

Saya sedar saya salah, lebih-lebih lagi bila ibu cerita tentang kebaikan Hani selama ini yang saya sendiri pun tidak tahu. Saya nekad memutuskan hubungan dengan janda itu. Malangnya, janda itu meminta RM3,000 sebagai syarat untuk putuskan hubungan. 

"Kalau awak tak bagi, saya akan jumpa isteri awak!" ugutnya. 

Maka saya pun terpaksa memberikan RM3,000 kepada janda itu. 

"Lepas ini, awak jangan muncul lagi di depan saya," tegas saya pada janda itu. 

Penyesalan saya tidak habis di situ bilamana janda itu selpas dua minggu dia menghubungi saya untuk meminta wang sebanyak RM5,000. 

Saya tak layan, akibatnya janda itu pergi berjumpa dengan Hani dan menceritakan segala-galanya. Janda itu memberitahu Hani yang kami juga pernah terlanjur bersama. Hani pengsan mendengar semua itu, dia tidak dapat menerima yang saya telah menipunya. 

"Abang tak kerja tak apa, tak nak jaga anak tak apa, tetapi kenapa abang sanggup buat saya macam ini?" soal Hani dalam tangisan hati yang luluh tidak terkata. 

Hani meminta saya ceraikan dia. Kalau tidak, Hani akan lari jauh-jauh dan membawa si kecil yang saya sayang itu sekali. Walaupun berat hati, saya terpaksa ceraikan juga. 

Tetapi Hani baik, dia tetap hantar baby pada ibu, kirim wang belanja ibu dan dia langsung tidak pernah lupa pada ibu saya. 

IBU RAYU RUJUK SEMULA

Selepas setahun bercerai, Hani sakit dan badannya menjadi kurus. Dia muntah-muntah darah. Ibu pujuk Hani kahwin semula dengan saya sebab Hani dengan baby tak ada siapa-siapa lagi. Akhirnya Hani setuju setelah ibu puas merayu. 

Selepas kahwin, Hani tinggal bersama ibu, saya bawa Hani pergi berubat sana sini, jumpa doktor, jumpa ustaz. Doktor kata Hani sihat sahaja, tiada masalah kesihatan. Darah pun okay. Tetapi ustaz pula kata Hani kena santau, puas kami ikhtiar, akhirnya Hani pergi pada waktu subuh buat selama-lamanya. Baby pada waktu itu berusia 3 tahun, atas pangku ibu semasa dalam perjalanan nak pergi ke hospital sebab sesak nafas. Tak sempat dah. 

Hidup saya gelap pada waktu itu, semuanya sedih dan saya menyesal sebab pernah berlaku curang pada Hani. 

Pada saya, suami di luar sana tidak perlulah mencari perempuan lain. Isteri kita bekerja ke, surirumah ke, itulah yang terbaik. Jangan jadi seperti saya yang ada isteri pun masih nak berlaku curang. Sekarang menyesal pun dah tak ada gunanya. Mujur saya masih mempunyai baby dan ibu. 

Maaflah kalau tak faham perkongsian saya ini sebab saya sekolah sampai SRP sahaja. Itu pun Hani masih mahu menerima saya sebagai suami. Tolong doakan untuk Hani, moga Hani ditempatkan di kalangan orang beriman. Abang rindu sangat pada Hani.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top