0
A+ A-
"Kami Terlanjur, Tapi Dia Tidak Mahu Mengahwini Saya.." | Ada satu soalan yang ditujukan kepada saya. Saya mahu kongsikan soalannya serta jawapan yang saya berikan; dengan menutup identiti si penanya soalan tersebut.

Luahan Gadis Telah Menyerahkan Daranya, Namun Kekasih Tidak Mahu Bertanggungjawab

Soalan:

Saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi beginilah.. 

Saya dan teman lelaki sudah 2 tahun berhubungan. Dan mungkin sebab terlalu rapat atau sayang, kami pernah terlanjur beberapa kali, tapi saya masih dapat menyimpan 'dara' saya apabila diminta kerana itu saja yang dapat saya simpan untuk dia apabila kami kawin nanti. 

Saya sesal dengan kelakuan kami dan kami masing2 sedang berubah. Saya dah bertaubat ustaz. Dia juga pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin walaupun mungkin sekadar gurauan. Dan saya juga ada memberitahu hasrat ini kepada ibu saya, dan ibu saya juga setuju. 

Tapi beberapa bulan lalu, kami telah berselisih faham, dan dia berhasrat untuk meninggalkan saya. Sampai sekarang dah 4 bulan saya pujuk dia untuk tidak tinggalkan saya. 

Dia lelaki pertama yang saya sayang dan yang menyentuh saya ustaz. Saya tahu ini semua salah. Setiap solat saya doakan moga Allah lembutkan hati dia. Tapi setiap mesej saya dibalas dengan keras ustaz. Saya tak mahu disentuh lelaki lain lagi, cukuplah dia yang terakhir. 

Apabila saya menyatakan hasrat kepadanya supaya dia menikahi saya, dia kata saya masih dara, dan tidak mengandung pun. Ya Allah.. remuk hati saya. 

Dia juga berkata akan menceraikan saya, jika saya menyuruh dia menikahi saya. Ustaz, apakah yang sepatutnya saya lakukan, kerana saya berasa amat terbeban dengan dosa ini, dan saya ingin menjadi yang halal untuknya. Saya tahu dia masih sayangkan saya. Apakah nasihat ustaz kepada dia dan saya dalam hal ini? 

Saya benar2 menyesal dengan perbuatan kami. Tapi dulu saya telah berdoa jika saya jatuh hati, moga orang itu dijadikan jodoh saya, dan tiba2 dia muncul dalam hidup saya, dan saya benar2 yakin, doa saya telah dimakbulkan. Tapi saya sesal dengan keterlanjuran yang telah kami lakukan.

Jawapan:

Kepada kedua-duanya, saya nasihatkan agar, bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Takutilah murkanya dan azabnya.

Kepada si lelaki, saya nasihatkan agar bertanggungjawab dengan ikhlas dan penuh keinsafan. Bukan semata-mata atas rasa bersalah, tetapi untuk membuktikan kebenaran taubat dan keinsafan kita; serta kesungguhan mahu kembali ke jalan yang benar.

Kepada yang bertanya, saya ingin menyatakan beberapa perkara:-

1. Rasa sesal dan insaf yang dirasakan, memang sangat berharga. Ia titik tolak membetulkan jalan yang dilalui agar ia menuju kepada Allah, dan jalan itu 'dihentikan'.

2. Rasa kasih dan sayang terhadap si lelaki adalah fitrah, walau pun sebenarnya ia boleh dielakkan. Kawallah perasaan itu, jika tidak dapat dikikis.

3. Penyelesaian sebenar kepada permasalahan yang dikemukakan ini adalah taubat, bukan perkahwinan; walau pun perkahwinan adalah apa yang boleh menjadikannya lebih baik.

4. Sebenarnya, tiada apa-apa erti berkahwin jika tiada rasa taubat dan keinsafan.

5. Sebenar-benarnya, rasa taubat yang suci itulah; yang menjadi penyelesaian sebenar kepada permasalah ini.

6. Kita diterima dengan kesudian itu, lebih utama dari diterima atas rasa terpaksa.

7. Cintailah Allah dan kembalilah kepada Allah dengan seikhlas-ikhlasnya, nescaya Allah akan mendatang semula kepada kita 'kekasih' kita; samada yang lama atau yang lebih baik.

8. Allah yang lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk diri kita, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Wallahu a'lam....
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top