0
A+ A-
"Masa Senang Disanjung, Dah Sakit Semua Hilang.." | ALKISAHYA seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Abd. Rahim Zakaria, 65, dahulunya merupakan seorang yang pernah disanjungi dan hidup serba mewah. 

Dia pernah menjawat sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat terkenal di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan seorang yang begitu berpengaruh sewaktu ‘era’ nya sedang memuncak naik. 

Namun, keadaannya kini berubah tidak lagi seperti dahulu daripada seorang yang berjawatan sehingga pernah dianugerahkan pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat pada 2012. 

Kini dia hanyalah seorang lelaki yang sudah hilang segala-galanya. Kehidupan Abd. Rahim berubah ‘360 darjah’ apabila dia disahkan menghidap penyakit parkinson dan kanser darah. 
Lebih malang lagi dia dipulaukan oleh isterinya sendiri selepas mereka bercerai. 

Abd. Rahim hidup merempat sebatang kara di sebuah surau dekat pangsapuri Templer, Petaling Jaya, selepas dihalau tuan rumah sewanya. 

Ternyata, dia mungkin tidak pernah menyangka hidupnya berakhir dalam situasi yang amat menyedihkan.. 

Luahan Sayu Lelaki yang Hidup Merempat di Surau

“Dalam keadaan saya yang sakit dan tidak sihat ini, terpaksa merempat dan tinggal di surau sebab tidak mempunyai tempat tinggal. 

“Masa sihat, saya disanjung dan dihormati. Tetapi bila sakit, semuanya hilang. Rakan-rakan juga hilang kecuali mereka yang senasib dengan saya,” ujarnya yang dilaporkan sebuah portal tempatan. 

Mujurlah Abd. Rahim mempunyai seorang anak angkat, Mohd. Rafi Karim, 30, yang sanggup menjaga dan menguruskan segala urusan ubat-ubatan setiap hari. 

Namun apa yang menyedihkan, Rafi dan keluarganya juga merupakan seorang yang miskin, menyebabkan dia bersama ayah angkatnya itu pada minggu lepas telah dihalau oleh pemilik rumah sewa.

“Saya bersama isteri dan anak berusia tiga tahun terpaksa keluar apabila tuan rumah tidak benarkan kami tinggal di situ lagi. 

“Sudah seminggu saya cari rumah, tapi sampai sekarang tiada siapa sudi beri bantuan. Penat lelah saya panjat tangga Majlis Perbandaran Selayang dan pejabat kerajaan negeri setiap hari untuk dapatkan rumah PPRT masih tak hilang. 

“Setiap hari saya keluar cari rumah tapi tak jumpa. Kalau ada pun tuan rumah minta bayaran pendahuluan hampir RM1,000. Mana saya ada duit sebanyak itu. Kerja pun dah tiga hari tak pergi sebab sibuk cari rumah,” katanya. 

Mohd. Rafi bekerja sebagai pencari besi buruk dan gajinya bergantung kepada berapa hasil yang diperoleh setiap hari, manakala isterinya pula tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak. 
Pengerusi Surau Pangsapuri Templer yang sekarang mereka duduki, Zulkifli Ismail berkata pihaknya hanya boleh bantu setakat mana yang boleh. 

Tambahnya, keluarga berkenaan tidak tahu lagi ke mana arah hendak di tuju, pelbagai aduan dan permohonan telah diadukan tetapi masih tiada jawapan. 

“Pihak JKM juga telah maklum mengenai perkara ini, namun menurut pegawai yang datang melawat, mereka juga tidak dapat menempatkan kesemua keluarga ini di JKM berikutan tiada tempat sesuai. 

Alasan pihak JKM yang mengeluarkan jawapan aneh “tiada tempat sesuai” seperti di atas sebenarnya langsung tidak boleh diterima kami dan tidak masuk dek akal. 

Kami tertanya-tanya apakah fungsi sebenar Jabatan Kebajikan Masyarakat diwujudkan sekiranya masalah seperti yang dilanda oleh keluarga ini seakan begitu sukar hendak diselesaikan? 

Juga lebih hairan, apakah gunanya zakat dikutip setiap tahun jutaan ringgit namun masih tidak dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ini? 

Kita sudah berada di tahun 2016 dan bukan lagi ditahun 1950-an. 

Catat Ulasan Blogger

 
Top