0
A+ A-
“Daripada Beli Apartment RM100,000, Baik Beli Rumah Teres” | Tadi saya ada inspection untuk apartment low cost di Kota Kemuning. Kawan lama minta tolong jualkan rumah beliau. Selepas inspect rumah, saya jalan di sekitar kawasan perumahan untuk merakam sedikit gambar. 

Nukilan ini dipetik menerusi Facebook Nuriman Nurdian yang kami kongsikan melalui Pixelperfext.

Rumah Teres RM100,000 di Kawasan Bandar

Tengah asyik merakam gambar, saya ditegur oleh seorang wanita. 

"Dik, awak ambil gambar ini nak buat apa?" 

"Saya nak jual rumah di sini kak. Jadi, rakam gambar sikit sekitar kawasan ini untuk ditunjukkan pada bakal pembelinya,". 

"Rumah tingkat berapa yang hendak dijual itu? Berapa harganya?" 

"Rumah di tingkat paling atas sekali kak. Dapurnya siap dengan kabinet dapur. Pemilik jual dengan harga permulaan RM110,000," jelas saya pada dia. 

"Huh! Mahalnya. Diorang beli rumah ini dulu, baru saja RM50,000. Kalau jual RM60,000, bolehlah laku. Ini RM100,000, baik beli rumah bawah," katanya. 

"Rumah bawah? Oh, rumah di tingkat paling bawah ye kak?" 

"Eh, bukanlah. Rumah taman perumahan begitu. Rumah teres setingkat," katanya. 

"Yeke kak? Di mana tempat yang dimaksudkan itu?" soal saya ingin tahu. 

"Ada di mana-manalah. Di kawasan ini pun ada. Kalau dah harga RM100,000 itu, memang boleh beli rumah bawahlah. Hari itu ada orang blok di situ nak jual rumah RM100,000. Tak nak akak beli. Baik beli rumah bawah, puas hati. Besar pun besar," jelasnya. 

"Oh, akak sekarang menyewa ke?" 

"Ha'ah, itulah terfikir mungkin nak beli rumah di sini. Sudahlah harga pun sama dengan rumah bawah. Memang tak jadilah akak nak beli. Mengarut je diorang ni letak harga," katanya. 

"Akak bayar sewa rumah, berapa sebulan?"

"Sekarang RM550. Dulu RM400 saja. Kadar sewa di sekitar sini pun RM600-RM700 dah," katanya. 

"Hurm, kalau akak beli rumah ini dengan harga RM100,000 bayar pada bank pun, lebih kurang juga kak. RM500 sebulan. Akak baik beli rumah yang akak tengok hari tu," kata saya. 

"Eii! Tak naklah. Rugi kita dik. RM100,000 itu boleh beli rumah bawah," tegasnya lagi. 

"Akak tahu Jalan Kebun?"

"Tahu, kenapa?" soalnya kembali. 

"Jalan Kebun sekarang ini, rumah teres stingkat harganya paling murah RM310,000. Rumah mana yang akak kata RM100 itu ye? Jalan Kebun sekarang ini rumah teres setingkat harganya paling murah RM310,000. Rumah mana yang akak kata RM100,000 itu?" 

"Yeke? Dah mahal eh sekarang? Dulu murah saja," jawabnya sedikit binggung. 

"Ha'ah la kak. Rumah makin lama makin mahal. Rugi kalau akak tak beli sekarangan," 

"Hm, kalau macam itu, sampai bila-bilalah tak mampu beli rumah. Apalah diorang ini," kata akak itu lalu berlalu pergi.

Catat Ulasan Blogger

 
Top