0
A+ A-
Hubungan sulit berakhir dengan kematian | SHAH ALAM - Seorang lelaki dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan menghala Kampung Sungai Kandis di sini, September tahun lalu, gara-gara mempunyai hubungan sulit dengan dua beranak.

Perkara itu terbongkar dengan tertangkapnya empat individu membabitkan dua lelaki dan dua wanita pada 21 Februari lalu, dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, empat suspek berusia lingkungan 17 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi khas oleh Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Menurutnya, tangkapan pertama dibuat di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam, kira-kira jam 1.30 pagi.


“Kemudian, bertindak atas maklumat, suspek kedua ditahan di stesen minyak Seksyen 18, sebelum berjaya menahan dua lagi wanita di Jalan Rejang 24, Shah Alam, beberapa jam kemudian,” katanya.

Shafien berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, dua suspek lelaki mengaku terbabit dengan pembunuhan itu dan mencampakkan mangsa di lokasi mayatnya ditemui.

Ujian air kencing pada kesemua suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah.

Tambahnya, siasatan lanjut mendedahkan motif kejadian berpunca berikutan mangsa yang mempunyai hubungan sulit dengan ibu serta adik perempuan kepada suspek pertama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top