0
A+ A-
7 Murid Termakan Kaca Ketika Menikmati Mee Goreng RMT | Dikatakan seramai 7 orang murid dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil telah dikejarkan ke hospital akibat termakan mi goreng yang mengandungi kaca.

Menu Mee Goreng RMT Mengandungi Kaca

Kejadian ini berlaku pada rabu minggu lepas di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) Nigel Gardner lapor Malaysiagazette.

7 Murid Termakan Kaca Ketika Menikmati Mee Goreng RMT
Muka depan akhbar Tamil Makkal Osai melaporkan tujuh murid SJKT ladang Nigel Gardner menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas termakan mi goreng mengandungi kaca pada Rabu lalu.

Dalam laporan dari akhbar Makkal Osai, serpihan kaca halus itu dikatakan ditemui dalam makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan sebagai sarapan untuk murid-murid di sekolah itu.

Menurut dari akhbar tersebut, seorang murid telah menjumpai serpihan kaca halus di dalam mee goreng yang disediakan oleh pihak kantin. Lalu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pengusaha kantin dan guru sekolah.

Pada keeseokan hari, didapati beberapa murid sekolah berkenaan dikatakan mengalami muntah-muntah dan ada yang pengsan sekaligus ibu bapa yang menyedari insiden itu membawa anak mereka ke hospital.

7 Murid Termakan Kaca Ketika Menikmati Mee Goreng RMT
Antara murid yang ditempatkan di wad hospital.

Kesemua murid terbabit yang menjalani pemeriksaan di hospital telah disahkan terdapat serpihan kaca di dalam perut mereka.

Difahamkan pada hari sama kejadian, seramai 20 lagi pelajar sekolah berkenaan turut dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut laporan terkini, keadaan kesemua mangsa beransur stabil.

Catat Ulasan Blogger

 
Top