Header Ads

Misteri Anggota Tentera Ditemui Maut Tergantung di Pokok

Anggota Tentera Ditemui Mati Tergantung di Pokok Mangga | JERTIH, 21 Mac - Seorang anggota tentera yang berpangkat koperal ditemui tergantung di sebatang pokok di kawasan Hospital Besut di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Khaled Che Lah, mayat mangsa ditemui oleh seorang kakitangan hospital tersebut kira-kira jam 8 pagi ini sebelum menghubungi polis.

Lapor Sinar Online, mangsa, 39, bertugas di sebuah kem tentera di Pangkalan Chepa di Kota Bharu.

Misteri Anggota Tentera Ditemui Maut Tergantung di Pokok

Mangsa berada di kawasan hospital kerana menunggu bapanya yang sedang dirawat di sebuah wad hospital tersebut.

Menurutnya juga, mangsa ditemui tergantung dengan seutas dawai pada pokok mangga di belakang wad hospital berkenaan dengan lengkap berpakaian.

Laporan dari Metro pula menyatakan, lelaki tersebut kini sedang menjalani latihan kemahiran sebagai persediaan persaraannya sebelum itu ke hospital tersebut untuk menemani ayahnya sedang sakit serta dirawat di situ.

Punca kematian masih dalam siasatan polis.

Anggota Tentera Ditemui Mati Tergantung di Pokok Mangga

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.