0
A+ A-
Ahli Parlimen Jadi Minah Rempit, Netizen Mahu Polis Bertindak | TINDAKAN bekas Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Noraini Ahmad menunggang motosikal berkuasa tinggi di kawasan Parlimen, Kuala Lumpur telah menarik minat hadirin yang berada di sekitar dan pandangan berbeza di media sosial. 

Video yang dimuatnaik dalam portal SuaraTv berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook.

Netizen Kritik Ahli Parlimen yang Jadi Minah Rempit

Namun, tindakan tersebut telah membawa kepada kritikan netizen khususnya dalam Facebook yang menganggap perbuatan dan istilah ‘Minah Rempit’ kepada Ahli Parlimen Parit Sulong berkenaan sebagai tidak sesuai.

Walaupun perkataan ‘minah rempit’ itu tidak bermaksud negatif terhadap Noraini, tetapi gara-gara terlalu memandang dari sudut negatif dalam kebanyakan perkara, netizen telah melihat ia suatu yang serong.

Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang meminta pihak Polis menyiasat dan mengambil tindakan keatas Noraini kerana menunggang motosikal tanpa memakai helmet dan menyemak sama ada beliau memiliki lesen ataupun tidak.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top