0
A+ A-
Aksi Sondol, Isyarat Lucah Makan Diri | LONDON: Penyerang kontroversi Chelsea, Diego Costa didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) atas tindakan tidak wajarnya ketika dilayangkan kad merah pada aksi suku akhir Piala FA menentang Everton, Sabtu lalu.

Ulang tayang daripada video menyaksikan Costa menyondol hidungnya ke leher Gareth Barry yang pada mulanya dianggap sebagai cubaan menggigit oleh penyerang Sepanyol yang panas baran itu.

Namun, pemain tengah Everton itu menegaskan Costa tidak menggigitnya dan FA tidak menyentuh insiden terbabit, namun bintang Chelsea itu masih berdepan masalah apabila melakukan protes secara agresif kepada pengadil, Micheal Oliver selepas dia dibuang padang.

Padah Isyarat Lucah dan Aksi Sondol

Dia juga turut dituduh menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Everton ketika rehat separuh masa.

Kenyataan daripada FA menyebut 'Diego Costa didakwa atas tindakannya pada aksi suku akhir Piala FA membabitkan Chelsea dan Everton pada Sabtu, 12 Mac 2016'.

"Ianya berhubung tindakan tidak wajarnya selepas dilayangkan kad kuning kedua dan dia mempunyai tempoh sehingga 6 petang Khamis ini untuk menjawab tuduhan ini.'

"Pada masa sama, dia turut mempunyai tempoh sehingga esok untuk menjawab berhubung tindakannya yang dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Everton ketika meninggalkan padang untuk rehat separuh masa.'

Costa berdepan penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah pertama di England namun FA dikatakan mahu melanjutkan lagi tempoh penggantungan akibat tindakan yang dilakukannya ke atas penyokong lawan.

Ini bukanlah kali pertama Costa berdepan penggantungan perlawanan sejak menyertai Chelsea daripada Atletico Madrid pada 2014.

Dia pernah digantung tiga perlawanan selepas didapati bersalah memijak Emre Can pada aksi Piala Liga menentang Liverpool namun terlepas daripada tindakan mengasari pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny awal musim ini yang menyaksikan Gabriel Paulista dibuang padang kerana 'membalas dendam' ke atas Costa terhadap apa yang dilakukan kepada Koscielny.

Bagaimanapun, penggantungan Gabriel ditarik balik sebaliknya Costa dikenakan penggantungan tiga perlawanan. - AFP
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top