0
A+ A-
Hukuman Buat Pegawai Polis Trafik yang Mengamuk Dengan Pengadu | Subang Jaya, 16 Mac - Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengeluarkan satu kenyataan hari ini berikutan insiden seorang anggota polis trafik wanita yang memarahi pengadu yang viral baru-baru ini.

Kenyataan terbabit mengesahkan kejadian itu benar-benar terjadi pada 13 Mac yang lalu lapor Pixelperfext.

Padah Mengamuk Terhadap Pengadu, Pegawai Trafik Ditukar Serta-Merta

"Pihak ibu pejabat polis Subang Jaya mengesahkan bahawa ianya telah berlaku pada 13/03/2016 (Ahad) jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di kaunter pejabat pertanyaan trafik ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor", tulis kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, sementara siasatan dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap pegawai itu telah dibuat dengan serta-merta.

"Sementara siasatan sedang dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap anggota polis wanita telah dibuat dengan serta merta (tugas pentadbiran) dan tidak lagi berurusan di barisan hadapan.

"Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah memberi jaminan bahawa siasatan dalaman akan menyiasat dari segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya.", kata kenyataan itu.

Hukuman Buat Pegawai Polis Trafik yang Mengamuk Dengan Pengadu

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top