0
A+ A-
Penunggang dan Pembonceng Motosikal Bukan Mahram Akan Disaman | KOTA BHARU, 4 Mac: Pihak Berkuata Tempatan (PBT) akan menyaman pasangan remaja dan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai di kawasan-kawasan tertentu di negeri ini.

Perkara tersebut akan berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja kajian mengenainya oleh semua PBT di negeri ini selesai mengikut Undang-undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986.

Menurut Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob, tindakan saman itu akan turut membabitkan remaja yang berkeliaran ketika waktu Maghrib di kawasan tertentu.

Pasangan Bukan Muhrim Bermotosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib Bakal Disaman

Kata beliau juga, ibu bapa diminta supaya memantau dan menasihati anak remaja mereka supaya tidak membonceng motosikal secara bebas dengan bukan mahram kerana ia salah dalam Islam.

"Tindakan itu (saman) sebahagian daripada langkah untuk membendung masalah sosial. Namun, sebelum tindakan saman dikuat kuasakan, semua pegawai penguat kuasa PBT diminta mula memberi nasihat kepada pasangan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai.

"Mereka perlu diberi nasihat secara berhemah untuk mengelakkan gejala sosial," katanya sebagaimana lapor BH Online.

“Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat mengawal anak-anak muda yang bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai.

“Membonceng motosikal bukan dengan mahram sering berlaku, ini yang kita nak kawal. Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik khususnya di sisi Islam,” katanya lapor FMT pula
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top