0
A+ A-
"Pergi Baliklah! Buat Report di Balai Lain!" | "You pergi baliklah! Buat ambil report di balai lain!" bentak seorang pegawai polis trafik wanita yang videonya tersebar di media sosial malam tadi.

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu menunjukkan pegawai wanita berkenaan menghentak meja dan memarahi individu di hadapannya.

Difahamkan, pegawai terbabit berang dengan tindakan pengadu yang membawa beberapa orang rakannya di kaunter tersebut untuk mengambil laporan polis. Bagaimanapun, pegawai wanita itu telah menasihatkan agar seorang sahaja boleh berurusan di kaunter lapor Pixelperfext.

Pegawai Polis Trafik Mengamuk Akibat Pengadu Kurang Ajar

Malangnya, si perakam video berkenaan didakwa telah mengatakan tindakan pegawai itu 'bodoh' menyebabkan pegawai terbabit berang dan menolak untuk berurusan dengan mereka.

"Pergi cari balai lain! Macam bagus sangat!" bentak pegawai trafik itu.

"Saya datang nak ambil laporan..." kata pengadu.

"Dia panggil I stupid kan? Rakam! Rakam!" kata pegawai itu lagi.

"Saya tak kata begitu. Saya rasa awak tidak sepatutnya berkelakuan seperti ini," kata pengadu.

"Saya cakap apa? Seorang saja di sini kan? Tak perlu ramai-ramai. Untuk apa ramai-ramai? You yang memandu, you saja di sini. Nak buat apa sampai 2 3 orang?" jelasnya.

"Saya datang sini untuk buat laporan, kenapa susah sangat?" kata pengadu.

"So? You ingat saya tak dengar yang dia kata saya stupid tadi? Kenapa rakam sekali bila dia cakap I stupid?" soalnya.

"Saya tak buat apa-apa pun pada awak," kata pengadu.

"Memang you tak buat apa-apa, tetapi dia yang buat, you ingat I tak dengar? Saya takkan naik angin kalau orang tak buat saya naik angin dulu tau," katanya sambil menunjuk pada si perakam video.

Enggan mengikut nasihat pegawai terbabit, akhirnya pengadu mengambil keputusan untuk beredar dan mengambil laporan polis di balai lain.


(Kemaskini: Padah Mengamuk Terhadap Pengadu, Pegawai Trafik Ditukar Serta-Merta)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top