0
A+ A-
Fahmi Reza, Pelukis Karikatur Berbakat Tapi Biadap | Lakaran wajah Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai Tuhan dalam sebuah buku mewarna, yang boleh mengelirukan kanak-kanak. 

SEORANG pelukis karikatur yang mendakwa dirinya aktivis, menghasilkan lakaran komik badut menyerupai wajah-wajah ahli politik di Malaysia dan membukukannya. 

Tak habis di situ, Fahmi Reza bertindak mempopularkan lakaran badut menggunakan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menjadikan lukisanya itu tampalan di merata tempat hingga menjadi viral. 

Perbuatan vandalism biadap yang dilakukannya itu ternyata menyusahkan pihak berkuasa yang terpaksa membersihkannya. 

Gambar berkenaan ditampal di merata tempat termasuk pada papan tanda jalan raya, dinding-dinding bangunan awam dan pondok menunggu bas. 

Walaupun lakaran badut menyerupai wajah Najib paling viral, Fahmi telah memperolokkan hampir kesemua ahli politik di Malaysia dengan cara amat kurang ajar. 

Pelukis Karikatur, Fahmi Reza Terlalu Jujur?

Wajah-wajah tersebut dikompilasi dalam sebuah buku mewarna bertajuk ABC Politikus Malaysia. 

Antara wajah yang dilakar Fahmi termasuklah Haji Abdul Hadi Awang, Tun Mahathir dan Anwar. 

Bayangkanlah sebuah buku mewarna yang sinonim dengan kanak-kanak, digunakan Fahmi untuk memperkenalkan karikatur dengan akronim yang mengelirukan dan biadap, contohnya Abdul Hadi Awang diletakkan di bawah huruf T (Tuhan/God) manakala Tun Mahathir dilukis menunjukkan jari tengah di bawah huruf D (Diktator). 

Fahmi Reza, Pelukis Karikatur Kreatif Tapi Biadap
Hadi Awang 
Fahmi Reza, Pelukis Karikatur Kreatif Tapi Biadap
Mahathir Mohamad 

Fahmi Reza, Pelukis Karikatur Kreatif Tapi Biadap
Najib Razak 

Fahmi Reza, Pelukis Karikatur Kreatif Tapi Biadap
Anwar Ibrahim 

Fahmi Reza, Pelukis Karikatur Kreatif Tapi Biadap
Wan Azizah

Menggunakan hashtag #kitasemuapenghasut Fahmi boleh diibaratkan sebagai pelukis karikatur yang cuba menjadi Banksy Malaysia dan ianya satu idea yang menarik untuk mengkritik menggunakan medium kreatif begini. 

Bagaimanapun harus diingat, apa-apa pun akan hancur jika dilakukan tanpa batasan meskipun niat asalnya ingin memperjuangkan sesuatu untuk masyarakat sejagat. 

Dalam kes Fahmi beliau sememangnya seorang yang berbakat tapi apabila rasional, adab dan agama diletakkan di bawah emosi yang meluap-luap seperti muzik kegemarannya, maka beliau tidak boleh marah jika tindakan undang-undang terpaksa diambil atas perbuatan melampaunya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top