0
A+ A-
Beli Iphone 6S RM2,787.00 di 11Street.My Dapat Kunci Mangga | SHAH ALAM - Hajat untuk memiliki sebuah iPhone 6S hancur berkecai apabila dia hanya menerima sebuah mangga kunci di dalam kotak iPhone tersebut. 

Mangsa, Alans Ng, yang membuat pembelian iPhone 6S dengan harga RM2,787.00 pada 1 Mac dan menerima barang tersebut pada 4 Mac, terkejut menemui mangga kunci di dalam kotak iPhone 6S yang dibeli dari 11Street.My. 

Bagaimanapun, pihak penjual menjelaskan mungkin berlaku penipuan dari pihak pembekal, Brightstar Distribution Sdn Bhd dan mereka akan menjalankan siasatan lapor Pixelperfext.

Penipuan Iphone 6S di 11Street.My

"Bungkusan masih elok ketika diterima, bermaksud pihak kurier tidak terlibat dalam hal ini. Hanya orang yang dapat membuka bungkusan ini adalah pihak pembekal, kerana terdapat pelekat pembekal di bawah kotak iPhone itu. 

"Masalahnya sekarang, kenapa saya harus menunggu? Saya tidak menerima sebarang barang yang saya inginkan sejak dari tarikh saya membuat pembayaran. Saya tidak terlibat dalam hal ini. 

"Siasatan pihak penjual juga tidak berguna untuk saya, ia hanya untuk mereka sahaja. Walaupun bila sudah mendapat keputusan siasatan kelak, mangga kunci itu tidak akan bertukar menjadi iPhone 6S. 

"Ini bukan lawak, ini jenayah penipuan! Tak boleh ke tangani masalah pelanggan seperti saya ini dengan lebih serius?" kata Alans. 

Beli Iphone 6S RM2,787.00 di 11Street.My Dapat Kunci Mangga

Difahamkan, pihak 11Street My telah menghubungi Alans yang memintanya untuk mengembalikan barangan tersebut dan mereka akan menghantar iPhone 6S yang baru kepadanya. 

"Saya hanya akan buang post ini setelah kes ini selesai," kata Alans. 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pembelian gajet secara online kerana banyak tawaran yang meragukan meskipun harga yang ditawarkan itu adalah jauh lebih murah dari harga pengedar rasmi sesebuah jenama.

Beli Iphone 6S RM2,787.00 di 11Street.My Dapat Kunci Mangga

Beli Iphone 6S RM2,787.00 di 11Street.My Dapat Kunci Mangga

(Kemaskini: Kenyataan 11Street.My Mengenai Isu Pelanggan Beli iPhone 6S RM2,787.00 Tapi Dapat Kunci Mangga)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top