0
A+ A-
Penjelasan Kenapa Troli Pasar Raya Ada Arus Elektrik | Buat masa ini, troli Tesco paling suka 'merenjat orang. Anda pernah terkena? Agaknya, kenapa troli Tesco ada elektrik ye? Baca penjelasannya.

Adakah anda pernah terkena renjatan elektrik sekala kecil semasa menggunakan troli pasar raya ketika membeli belah? Sebenarnya, arus elektrik itu terhasil dari pergeseran besi pada tayar troli tersebut. 

Artikel ini dipetik menerusi Facebook  Romadan Pouzan yang dilaporkan Pixelperfext.

Pernah Terkena Renjatan Elektrik Pada Troli Pasar Raya? Ini Penjelasannya.

Bagi mereka yang selalu meletakkan anak di dalam troli ketika membeli belah, sila perhatikan sama ada terdapat dawai atau tidak di bawah troli tersebut yang bersentuhan dengan lantai. 

Fungsi dawai itu adalah untuk mengalirkan tenaga elektrik yang terhasil daripada pergeseran tayar troli. Nampak remah, tetapi besar kesannya terhadap bayi yang anda letakkan dalam troli. 

Fenomena ini dinamakan 'Electro Static' (ES). Apa-apa benda yang bergesel akan menghasilkan ES. 

Jadi, cara nak mengnyahkan dengan dengan nyahcas. Biasanya troli akan diletak rantai, bukan seperti dawai yang ditunjukkan dalam gambar ini. Dawai yang digunakan itu akan cepat habis, rosak dan tidak berapa efektif. 

Untuk kes di atas, yang menghasilkan ES ialah pergeseran antara tayar dan pemegang besi tayar. Kalau terasa terkena renjatan, cepat-cepat pegang troli pada besi dan bumikan ES itu. 

Pastikan anda memakai kasut getah tebal sekurang-kurangnya 5mm seperti yang dinyatakan dalam buku akta. 

Cara nak bumikan adalah dengan memegang mana-mana besi yang ada pengaliran terus ke bumi. Jika tidak yakin, jangan buat terus. Ini tanggungjawab cajmen/wiremen/facilities di pasar raya untuk memasang benda ini. 

Berdasarkan wiki, jika terasa terkena renjatan itu, sebenarnya voltan boleh mencecah 50,000 volt. Tetapi disebabkan ampere yang terlalu kecil, ia tidak merbahaya. Kadar ampere yang boleh menyebabkan degupan jantung berhenti ialah pada 100 mili Amp. 

Untuk kes di atas, saya tidak tahu berapa pula amp dia sebab itu Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) di Malaysia dicipta 100mA dan akan trip.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top