1
A+ A-
“Anak Puan Bertudung Menutup Dada?” - Tanya Doktor | Tidak dinafikan anak merupakan anugerah terindah daripada Maha Pencipta kepada pasangan yang mendirkan rumah tangga, bahkan ramai orang diluar sana tidak memiliki anak dan ada sanggup berhabisan beribu ringgit demi mencuba mendapatkan anak atau mencari anak angkat.

Anak yang dianugerahkan pula satu amanah daripada Allah kepada kita, kita yang harus mencorakkan anak-anak ini, baik kita corak, baiklah jadinya.

Di zaman tenologi semakin maju dan dunia semakin tua ini, anak-anak kita terdedah kepada pelbagai anasir baik dan jahat, jadi haruslah kita memberi perhatian dalam hal ini, kita sering terdengar kisah sesebuah keluarga yang anaknya terlalu ramai sehingga perlu diserahkan kepada orang lain untuk dijaga dan ada juga anak terlalu ramai menyebabkan ibu bapa tidak dapat memberi perhatian kepada mereka sehingga terlibat dalam gejala tidak baik.

Terbaca kami satu artikel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan di laman facebooknya, dimana beliau memuatnaik perbualannya dengan seorang wanita yang berumur 48 tahun yang disahkan mengandung anak ke 8.

Wanita itu mempunyai penyakit dan pada umurnya merupakan umur yang agak tinggi risiko apabila melahirkan anak, tetapi dilihat wanita itu cuba melenting apabila dinasihatkan doktor dengan menjadikan agama sebagai alasan sedangkan agama itu sendiri melarang jika sesuatu perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Nurul Aimi yang kami kongsikan melalui Siakapkeli.

Jom kita baca kisah penuh doktor berkenaan dengan pesakitnya.

Pertanyaan Doktor Buat Ibu yang Ramai Anak Sebak Menahan Tangis
Gambar hiasan.

A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance – kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis.)

So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy.

To make sure every information written on her book is correct, I’m asking the patient again.

“Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?

“Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur.”

“Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?”

“Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki.”

Dah kenapa nak rasa offended?

“Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki,” kata saya.

“Takde lah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?” katanya melenting.

Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.

“Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan.”

“Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik.”

“Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?”

“18 tahun. Baru habis SPM.”

“Berapa keputusan SPM dia?”

“Teruk. Tak pandai mana.”

“Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?”

“Perempuan, kenapa doktor?”

“Pakai tudung menutup dada?”

“Tak… kadang pakai, kadang tak.”

“Cukup solat 5 waktu dijaga?”

Si ibu termenung jauh.

“Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah.”

“Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah.”

“Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah.”

“Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.”

“Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah.”

“Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita.”

Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata.

Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu.

Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga.

Moga menjadi iktibar untuk semua.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

  1. Yang siakak tu gi cerita kekurangan keluarga pada doktor tu apa kejadah. Kalau anda sudah memulakan hujah agama untuk meneguhkan pendirian anda jangan sekali kali cerita kekurangan anda dalam menjalani tuntutan dan suruhan tuhan, kalau tidak akan dituduh cakap tidak serupa bikin.
    Perempuan yang sehat dan normal dan maseh subur kalau setakat beranak 7-8 normal dan berkeluarga besar lagi memeriahkan.
    Manusia itu berubah, berubah menjadi yang lebih baik. Mungkin hari ini dia kadang kadang shj pakai tudung tetapi mungkin esok dia mungkin seorang ahli agama yang kuat menjalani ibadah.
    Kalau cuma alasan anak sulung diajak yang mengandung anak ke8 spm nya terok dan kadang kadang pula pakai tudung dan doktor melarang beliau meneruskan kandungan tentu ini bukan satu alasan yang kukuh dan menasabah.
    Juga kalau doktor memberi alasan tentang kesihatan maka tunjukkan bukti yang menyakinkan bahawa beliau akan mati kalau meneruskan kandungan

    BalasPadam

 
Top