0
A+ A-
Apa Kata Pramugari MAS Mengenai Calon Temuduga Rayani Air | RUNGUTAN calon sesi temuduga syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air yang mencapai status viral di Internet baru-baru ini turut mendapat perhatian di luar alam maya apabila isu tersebut dibincangkan menerusi siaran akhbar dan liputan media elektronik. 

Antara keluhan mereka termasuklah kes staf Rayani Air yang dikatakan bersikap kasar dengan menghempas resume, bercakap dengan tona kurang sopan dan ‘mengharamkan’ calon yang memakai pendakap gigi (braces) untuk ditemuduga lapor Mynewshub.

Pramugari MAS 'Sekolahkan' Calon Temuduga Rayani Air

Ia sekaligus memberi persepsi negatif terhadap syarikat penerbangan tersebut kerana tidak mencerminkan imej yang dipukul canang sebagai ‘Islamik’. 

Bagaimanapun, dalam timbunan komen-komen yang memburuk-burukkan Rayani Air itu, terdapat satu pendapat positif yang menarik perhatian.

Ditulis oleh seorang pramugari Malaysian Airlines Berhad (MAB), Zarina Daud, 27, yang menggunakan nama Rina Raggae di laman Facebook miliknya, dia tampil untuk memberikan penjelasan sebenar yang bisa mengubah persepsi umum bahawa kerjaya pramugari bukan sekadar bersandarkan wajah yang cantik sahaja. 

Kepada calon-calon yang banyak bersungut tu, ini ‘makannya’! 

Apa Kata Pramugari MAS Mengenai Calon Temuduga Rayani Air

Apa Kata Pramugari MAS Mengenai Calon Temuduga Rayani Air

Terang Zarina, prosedur sebelum menjawat tugas sebagai pelayan di udara itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu melalui tiga peringkat, selain kemungkinan membayar gantirugi jika calon tersebut gagal untuk menamatkan latihan intensif selama tiga bulan yang diwajibkan pihak pengurusan. 

Tidak cukup dengan itu, bakal pramugari juga terpaksa menduduki peperiksaan setiap minggu selain mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya tentang alatan penting pesawat, cara-cara untuk melayan penumpang, prosedur keselamatan semasa menghadapi kecemasan dan sebagainya – semua dalam tempoh 90 hari! 

Dan untuk membuktikan kemampuan yang sudah terlatih usai kursus persediaan dan melalui pengalaman bekerja, Zarina mampu mengenal sesebuah pesawat milik MAB hanya dengan melihat tempat duduknya sahaja. 

Apa Kata Pramugari MAS Mengenai Calon Temuduga Rayani Air

Hebat, kan? 

Inilah kebolehan yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi seorang pramugari atau pramugara, bukan setakat bermodalkan rupa yang menarik tetapi keazaman dan atitud yang bagus kerana mereka membawa imej syarikat di mata dunia. 

Setakat menerima layanan kasar daripada penemuduga sudah melenting, bagaimana hendak layan kerenah penumpang yang bermacam nanti? 

Rezeki tidak akan bergolek, adakalanya kita perlu berusaha lebih untuk mencapai hajat yang diingini, termasuklah dalam kerjaya.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top