0
A+ A-
Didakwa Mandul, Ini Penjelasan Raja Farah | PELAKON Raja Farah Raja Aziz baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sudah disahkan hamil anak pertama hasil perkahwinan kedua dengan suaminya, Iskandar Ismail. 

Aktres yang juga bergelar pengacara itu malah turut menyatakan bahawa orang ramai yang sebelum ini mencelanya sebagai mandul meminta maaf kepadanya sebaik mengetahui khabar mengeni kehamilannya itu lapor Mynewshub.

Raja Farah Perjelas Isu Kemandulannya
Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail.

“Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. 

“Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah dipengaruhi,” katanya kepada sebuah portal tempatan. 

Raja Farah juga tidak menafikan sebelum ini dia turut berasa tertekan mengenai isu berkenaan dan pernah bertanya kepada suaminya sekiranya dia memang langsung tidak boleh hamil. 

Namun, aktres itu menyatakan perasaan bersyukurnya dengan jawapan yang cukup positif yang diterima daripada suaminya itu. 

“Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia lakukan? Sampai begitu sekali rasa ragu dan bimbang saya. 

“Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas, ‘tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa’. Itu sahaja,” ujarnya lagi. 

Raja Farah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 namun bercerai pada 25 Mei tahun lepas. 

Dia mengahwini Iskandar pada 6 September lalu di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Selangor. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top