0
A+ A-
Madonna Tarik Baju Peminat Hingga Nampak Payudara Ketika Konsert | Tindakan Madonna menarik korset dipakai Josephine Georgiou secara tiba-tiba di atas pentas ketika konsertnya berlangsung di Brisbane, Australia pada malam Khamis membuatkan payudara kiri remaja tersebut terbuka di hadapan ribuan pengunjung yang lain. 

Remaja Terkejut Madonna Tarik Bajunya Sampai Ternampak Buah Dada
MADONNA dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Selepas buat hal apabila lewat berjam-jam bagi memulakan konsert jelajahnya di beberapa lokasi di Australia yang sedang berlangsung, kini “Material Girl” itu melakukan pula sesuatu yang sukar dipercayai di atas pentas konsertnya di Brisbane, pada malam Khamis. 

Kononnya mahu mengusik Madonna telah menarik korset yang dipakai oleh seorang peminatnya yang berusia 17 tahun, membuatkan payudara remaja berkenaan terdedah di hadapan ribuan penonton konsert yang lain. 

Remaja berkenaan merupakan peminat yang dipanggil Madonna secara rawak untuk diusik di atas pentas ketika konsert jelajahnya, “Unapologetic B***h” berlangsung. 

Sambil memuji Josephine Georgiou kerana seksi dan memiliki bentuk badan menawan dengan berkata, “She’s the kind of girl you just want to slap … the a** and pull — (dia jenis wanita yang dicemburui wanita lain hingga terasa macam nak tampar punggung dan tarik –)” Madonna secara tiba-tiba menarik korset dipakai remaja tersebut hingga mendedahkan keseluruhan payudara kirinya. 

Madonna kemudiannya segera mengucapkan, “Oh, s**t! I’m sorry. Sexual harassment. You can do the same to me (Alamak! Maaf, gangguan seksual. Silakan buat perkara sama pada saya)” namun remaja berkenaan hanya tersenyum dan memeluknya. 

Madonna Tarik Baju Peminat Hingga Nampak Payudara Ketika Konsert
JOSEPHINE GEORGIOU

Susulan itu ramai menganggap Madonna telah memalukan Georgiou dan dia boleh disaman namun remaja itu memberitahu agensi berita Courier Mail dia tidak akan berbuat demikian. 

Georgiou yang bercita-cita menjadi model berkata, dia tidak berasa malu langsung dengan insiden tersebut malah berterima kasih kepada Madonna kerana memberikan pengalaman paling indah dalam hidupnya.


(Kemaskini: Susulan Isu Madonna Tarik Baju Remaja Sampai Ternampak Payudara)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top