0
A+ A-
Didakwa Tidak Layak Menang Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016), Ini Jawapan Ayda Jebat | BAWA pulang trofi bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP (M.A.I.D), Pelakon MeleTOP dan Artis Top Top MeleTOP Wanita, Ayda merasakan kemenangannya adalah hasil usaha peminat yang mengundi. 

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menyifatkan bahawa kemenangan yang diperoleh pada malam Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) adalah gara-gara beliau merupakan duta bagi penaja acara tersebut adalah tidak relevan. 

Kata Ayda, kemenangan yang diperoleh tiada kena mengena dengan beliau sebagai duta produk kecantikan Aurawhite yang juga merupakan penaja terbesar bagi majlis gilang gemilang itu.

(Baca: Dominasi Ayda Jebat Dalam Anugerah Meletup Era 2016 Dipersoal)

Respon Ayda Jebat Didakwa Tidak Layak Menang AME2016

“Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain. 

“Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu” ujarnya. 

Tambahnya lagi kepada sebuah portal hiburan, adalah tidak adil untuk menghukum beliau sedemikian rupa. Sememangnya kemenangan yang dikecapi olehnya pada malam itu adalah usaha para peminatnya yang telah berusaha untuk mengundi beliau. 

Menurut portal itu lagi, Ayda tidak akan sesekali meletakkan harga yang tinggi atau demand kepada mana-mana penganjur yang ingin mengundangnya bagi menyerikan sesebuah majlis setelah merangkul banyak anugerah pada malam itu. 

Jelas Ayda, kemenangan yang dikecapi dan pengiktirafan yang diberi membuatkan beliau akan lebih berusaha untuk memperbaiki mutu lakonan mahupun nyanyian.

Didakwa Tidak Layak Menang Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016), Ini Jawapan Ayda Jebat

(Baca: Kritikan Pedas Azwan Ali Terhadap AME2016)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top