0
A+ A-
Kisah Sebenar Disebalik Misteri Anjing Gunung Nuang Didedahkan | Rupanya anjing yang setia menemani pendaki di Gunung Nuang bukan anjing sembarangan. Anjing-anjing tersebut adalah anjing terlatih yang bertuan.

Ikuti laporan Harian Metro mengenai pendedahan sebenar siapa pemilik anjing-anjing di Gunung Nuang itu.

Rupanya Anjing di Gunung Nuang Bukan Sembarangan

Hulu Langat: Kelibat dua ekor anjing yang menjaga pendaki Gunung Nuang yang menjadi tanda tanya dan kisahnya menjadi viral baru-baru ini nampaknya sudah terjawab.

Anjing-anjing ini sebenarnya anjing terlatih yang telah dibela oleh Norfazli Abdul Aziz, 50, sejak kecil.

“Ia cuma anjing biasa yang saya bela dan latih sejak kecil untuk menjaga keselamatan saya dan pendaki gunung ini, bukannya tidak bertuan, misteri atau ‘diturunkan’ seperti yang disangka,” katanya.

Beliau memberitahu terkejut apabila kisah kesetiaan dua ekor anjing berkenaan Kiki Boy dan Kiki girl menjadi viral di laman sosial apabila setia menemani pendaki Gunung Nuang sejak tiga hari lalu dikaitkan dengan misteri atau rasa taasub segelintir pendaki terhadap makhluk ciptaan Allah.

“Mungkin pendaki yang memuat naik kisah dua ekor anjing ini pertama kali mendaki Gunung Nuang dan tidak tahu mengenai rutin biasa haiwan itu yang sudah dikenali menemani pendaki di situ sejak dua tahun lalu.

“Saya yang latih dan jaga kedua-duanya sejak kecil sebagai balasan atas kematian keluarganya yang dipatuk ular senduk demi menyelamatkan nyawa saya,” katanya yang bertugas sebagai pekerja penyelenggara di Gunung Nuang, tujuh tahun lalu.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top