0
A+ A-
Pendedahan Rayani Air Indah Khabar Dari Rupa | PUTRAJAYA - Tindakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga mendatangkan masalah kepada penumpang yang telah merancang perjalanan mereka dikritik oleh netizen termasuk, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Melalui laman Facebooknya beliau berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar lapor Pixelperfext.

Semakin Ramai Tak Puas Hati Dengan Rayani Air

"Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi perlu menunaikan janji dan menepati masa yang menjadi salah satu prinsip syariah. 

"Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk dipergadangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

"Jangan sewenang-wenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan Islam untuk melariskan jualan. Perkara ini ditegah keras oleh Rasulullah SAW," katanya pada Jumaat lalu.

(Baca: Penumpang Mengamuk Rayani Air Asyik Tunda Penerbangan (Video))
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top