0
A+ A-
Sindiket Hantar Pelacur Sampai Depan Rumah Pelanggan Tumpas | Kuala Lumpur: Hantar pesanan terus ke pintu rumah atau bilik hotel. Itu antara kegiatan sindiket ‘kereta ayam’ yang aktif menghantar pelacur warga asing di sekitar Lembah Klang.

Aktiviti didalangi ‘bapa ayam’ tempatan ini didakwa menerima tempahan pelanggan melalui pelbagai aplikasi media sosial sebelum penghantaran segera dilakukan.

Difahamkan dalang sindiket itu tidak mengenakan caj tambahan bagi perkhidmatan menghantar pelacur itu kepada pelanggan menggunakan kereta 24 jam sehari.

Servis Hantar Pelacur Sampai Depan Rumah
BAPA ayam yang ditahan polis selepas menjalankan kegiatan menghantar pelacur.

Khidmat penghantaran pelacur bergerak itu bagaimanapun dikesan pihak polis yang berusaha menumpaskan kegiatan licik itu.

Hasil penyamaran dilakukan anggota Bahagian Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Judi (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebanyak empat ‘kereta ayam’ berjaya diberkas dalam operasi awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, anggota polis terpaksa melakukan penyamaran sebagai pelanggan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, untuk memerangkap suspek.

Menurutnya, operasi turut diadakan berikutan aduan wujud unsur eksploitasi seks terhadap gadis warga asing oleh sindiket itu.

“Hasil penyamaran berkenaan, sebuah kereta model Proton Iswara dikesan muncul di kawasan hotel terbabit sebelum beberapa wanita warga asing yang dipercayai pelacur keluar dari kenderaan itu.

“Polis kemudiannya menahan kenderaan berkenaan sebelum memberkas pemandu kereta yang juga seorang lelaki tempatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, polis kemudian menyelamatkan lima wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks.

Menurutnya, polis juga berjaya menahan dua lagi kereta model Proton Wira dan Proton Iswara, 55 keping kondom, walkie talkie, lima telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM1,990 dalam operasi itu.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, polis berjaya menahan sebuah lagi kenderaan dipandu seorang lelaki tempatan bersama empat wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelacur.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top