0
A+ A-
Dengki Dengan Rezeki Orang, Individu Hantar Santau Untuk Merosakkan Rahim | Seorang wanita mengalami pengalaman yang sangat getir apabila terjumpa santau yang dipercayai untuk merosakkan rahim.

Wanita itu, Sebenarnya Saya Isteri Dia berkongsikan pengalamannya di Facebook dan rata-rata netizen turut terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Berikut merupakan luahan beliau beserta gambar santau yang berjaya ditemuinya di belakang rumahnya.

Terkejut Jumpa Santau Untuk Merosakkan Rahim

Assalamualaikum..

Saya dengan rendah hati mohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari makhluk Allah, hasad dengki, iri hati dan segala hal yang tak diingini..

Pagi semalam saya terjumpa benda ini belakang rumah dekat celahan pokok kari.. Saya waktu itu tidak fikir apa-apa dan ambil benda tu.. Nak buka was-was.. Saya tunggu sampai suami balik kerja.. Tapi sebelum suami balik kerja saya dah minta pak cik sebelah rmh tolong bukakan..

Mashaallah.. Pada Allah kami memohon jauhkan kami dari segala perbuatan syirik..

Dalam bungkusan itu ada berus dawai, 4 batang jarum, beberapa helai rambut, beras dan lada hitam dibungkus menggunakan kain barut bayi..

Pada malam semalam juga suami saya telah berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir tentang hal ini..

Dan ustaz itu mengatakan itu adalah santau untuk merosakkn rahim.. Mungkin kerana sifat irihati melihat rezeki anak kembar 2 dan 3 yang Allah kurniakn pada kami.. Dan kemungkinan motifnya agar saya tidak dpt melahirkn zuriat lagi..

Berus dawai dan jarum untuk menggaras rahim, beras untuk sentiasa ada benda keras yang tak mudah hadam dalam rahim agar sentiasa sakit perut, lada hitam untuk kecut dan panaskan rahim.. Ustaz itu tahu sangat dengan benda itu.

Ustaz itu meminta kami untuk menghanyutkan benda ini kat laut/sungai dengan benda itu dlm bekas yang bertutup rapat.. Dan andai dizinknkan, Allah ustaz itu akan datang rumah kami nanti untuk memagar dengan air Yasin dan saya juga diminta utk minum air bacaan Yasin.. Dalam masa yang sama kami terus meminta pertolongan pada Allah..

Kami tak sangka di arus kemodenan ini masih ada lagi terselit perbuatan syirik ini di kalangan kita umat islam.. Saya memohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari segala hasad dengki, irihati, dan dijauhkn dari segala marabahaya...

Semoga apa yang terjadi pada kami ini dijauhkan kepada org lain.. Kami takde musuh mahupun orang yang sakit hati pada kami.. Tapi andai ada niat terselindung wallahualam.. Nauzubillah hi minzalik... Minta Allah jauhkn..

Kami akan sentiasa memohon minta pertolongan pada Allah dan selebihnya kami serahkan segalanya pada pencipta..

Aamiin..

Berikut merupakan gambar kejadian yang dikongsikan.

Dengki Dengan Rezeki Orang, Individu Hantar Santau Untuk Merosakkan Rahim

Dengki Dengan Rezeki Orang, Individu Hantar Santau Untuk Merosakkan Rahim

Dengki Dengan Rezeki Orang, Individu Hantar Santau Untuk Merosakkan Rahim

Semoga anda mendapat pengajaran dari kisah ini.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top