0
A+ A-
Peringatan TMJ Buat Media | 24 Mac - Susulan kenyataan DYAM Tunku Mahkota Johor di Facebook Johor Southern Tiger yang mengenang kembali krisis perlembagaan 1992 baru-baru ini, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak mengenai kenyataan tersebut.

Ada yang mengkritik, menyokong malah ada juga pihak yang menggunakan kenyataan untuk untuk kepentingan politik.

Menerusi satu wawancara yang dimuat naik di Facebook yang sama, TMJ tampil memperjelaskan kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu.

Ketiga ditanya wartawaan mengenai ada wakil media telah menyindir dengan mengatakan beliau lebih berpihak ke arah Dato Seri Najib berbanding Tun Mahathir, TMJ menjawab kenyataannya itu tidak diarahkan kepada sesiapa tetapi diarahkan kepada sistem.

TMJ Beri Peringatan Kepada Media

"Sila baca dengan teliti apa yang saya katakan. Komen-komen yang saya buat sebelum ini diarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. 

"Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin. Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem. Saya tidak menyokong sesiapa yang korup.", kata beliau.

Selain itu, TMJ turut memberi peringatan kepada media agar tidak memutar belitkan kenyataannya.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada para media agar tidak memutarbelitkan kata-kata saya atau mengambil kenyataan saya di luar konteks.", katanya lagi.

Ketika ditanya wartawan mengenai kedudukan TMJ sama ada berpihak di sebelah Tun Mahathir atau Dato Seri Najib, TMJ menjawab: "Johor...".

Peringatan TMJ Buat Media

Catat Ulasan Blogger

 
Top