0
A+ A-
‘Bayi Ajaib’ Tragedi Highland Tower Bertemu Ahli Bomba yang Menyelamatkannya | Akhirnya selepas 23 tahun berlalu tragedi runtuhan Highland Tower, akhirnya Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya Umi Rasyidah Khoiruman, 43, telah berjaya ditemukan dengan pegawai bomba yang ingin bertemu mereka iaitu Tuan Norizan Saad.

Hamidah dan ibunya dibawa berjumpa dengan Tuan Norizan yang kini bertugas Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditempat yang penuh bersejarah bagi mereka iaitu lokasi kejadian runtuhan Highland Tower.

Tragedi Highland Tower: ‘Bayi Ajaib’ Bertemu Tuan Norizan Saad

Menurut Norizan, hasrat beliau dan tiga rakannya yang lain untuk bertemu dengan dua beranak terbabit yang diselamatkan mereka dulu, termakbul selepas 23 tahun atas usaha dan doa semua pihak.

"Ada lagi empat rakan kami (yang babit dalam operasi) tidak dapat hadir tetapi akan ada pertemuan diatur esok," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Di dalam pertemuan itu, Nur Hamidah dan Umi Rasyidah juga dipertemukan dengan bekas majikannya iaitu Susan Tan, 76.

Tangisan sayu dan gembira mengiringi sepanjang pertemuan, malah kebanyakan yang hadir termasuk petugas media menitiskan air mata.


Catat Ulasan Blogger

 
Top