Header Ads

Tun Mahathir sebak ketika ditemubual TV Indonesia (Video)

Reaksi Mengejutkan Tun Mahathir ketika ditemubual TV Indonesia | Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad kelihatan sebak ketika ditemu bual dalam rancangan bual bicara ‘Satu Jam Lebih Dekat’ terbitan TV One Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indoensia, Suharto sewaktu memegang jawatan nombor satu negara pada satu ketiga dahulu.

Tun Mahathir sebak ketika ditemubual TV Indonesia

“Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

“Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang,” kata Dr Mahathir yang kelihatan sebak.

Perkara ini jarang sekali berlaku kepada Dr. Mahathir ketika dalam wawancara ataupun temubual.

Selain itu, Dr. Mahathir juga berkata setiap manusia harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal di dalam dunia ini.

“Kita semua akan pergi, akhirnya.

“Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah,” kata Tun Mahathir sebagaimana lapor Astro Awani.

Temubual selama 30 minit oleh TV One Indonesia itu dimuat naik di laman Youtube.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.