0
A+ A-
Hampir Buta Kerana Contact Lens | Berhati-hati guna contact lens. Bagi yang suka dan kerap memakai contact lens, kalau boleh janganlah kerap sangat walaupun nak nampak cantik. Gunalah mata yang original, itulah yang tercantik dan anugerah yang terindah dan tidak ternilai harganya. Sayangi mata anda yang dikurniakan olehNya.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Amy Syaquena yang kami kongsikan melalui Pixelperfext.

Wanita Hampir Buta Gara-Gara Kanta Lekap

Minggu lepas semasa mak sakit, ibu kepada pengantin perempuan ini datang melawat mak saya di rumah. Masa mak dimasukkan ke hospital, adik call Kak Ima (ibu pengantin perempuan) untuk memaklumkannya tentang kesihatan mak. Mak dan Kak Ima berkawan rapat dan tinggal bersebelahan taman.

Tetapi semasa adik Amy Queliesya call, Kak Ima beritahu anaknya, Adik (panggilan kepada anak kedua bongsu beliau) masuk hospital kerana matanya mengalami masalah penglihatan selepas memakai contact lens. 

Bayangkan kalau kita berada di tempatnya, mesti susah hati. Lebih-lebih lagi kenduri kahwin dah nak dekat, mata pula ada masalah. Apabila dibenarkan keluar dari hospital, adik kena pakai cermin mata hitam berikutan mata sebelah kanannya masih tidak berfungsi. Manakala mata sebelah kiri pula penglihatannya kabur dan tidak boleh terdedah pada cahaya.

Hampir Buta Kerana Contact Lens

Hampir Buta Kerana Contact Lens

Hampir Buta Kerana Contact Lens

Jadi, nasihat saya kepada mereka yang suka pakai contact lens, fikirkanlah banyak kali. Kalau nak pakai boleh, pastikan cara memakainya dengan betul, penjagaannya dan paling penting sekali beli dari kedai cermin mata.

Keluarkan duit lebih sikit untuk membeli contact lens yang berkualiti. Jangan kerana nak harga murah, diri anda yang menerima kesan sampingan yang tidak sepatutnya. Duit boleh dicari, tetapi kalau hilang penglihatan? Seumur hidup tidak dapat melihat. Mata bukan ada dijual beli. Renung-renungkanlah.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top