0
A+ A-
"Kerana Wanita Perampas, Akhirnya Saya Diceraikan Talak 3" | Masih ingat dengan wanita yang videonya viral kerana mengamuk di majlis perkahwinan suaminya?


Terbaharu, wanita itu, Quyun Zulkifly telah mendedahkan bahawa dirinya telah diceraikan dengan talak tiga.

Ikuti kisah sedih hidupnya.

Wanita yang Mengamuk di Majlis Persandingan Suaminya Dicerai Talak Tiga

1 MAC 2016 

Hari ini baru kita bercerai. Cinta dikhianati hanya kerana seorang perempuan perampas. 

Tiada apa yang benar seperti yang dihebahkan kita sudah bercerai pada September 2015. Waktu itu, kita masih lagi bahagia pergi berbulan madu, pergi camping dengan kawan-kawan. 

Sungguh kejam hebahkan fitnah yang kononnya kita sudah bercerai talak 3 dan dihebahkan pada semua orang yang kita sudah sah bercerai. 

Ini barulah bukti yang kita sudah sah bercerai. Seperti yang dimahukan, hari ini sah kita sudah bercerai. Ini yang saya nanti-nantikan selama ini. Tidak kisahlah sama ada talak 1, talak 2 atau talak 3, asalkan saya dilepaskan. 

Untuk mengahwini perempuan lain, sanggup bekas suami sebar fitnah beritahu orang lain yang kami sudah bercerai talak 3 tanpa sebarang pengesahan dari mahkamah. 

Tahniah, awak menang dah sekarang Mohamad Badrul Hisyam Mahtar. Ini baru mahkamah dunia, di sana kelak akan ada Mahkamah Pengadilan. 

Tiada setitik pun air mata yang mengalir ketika diceraikan talak 3. Malah saya rasa bersyukur yang teramat sangat kerana dijauhkan dari insan yang tidak pernah rasa bersyukur. Allah Maha Adil, semua ini kifarah. Hari ini saya bebas dari semua penderitaan. Alhamdulillah. 

Doa saya untuk awak, semoga bahagia sehingga ke syurga seperti yang awak janjikan pada saya dahulu untuk membahagiakan saya. Berbahagialah kalian semua yang telah memfitnah dan membenci saya. Terima kasih. 

Akhirnya berakhir jua kisah duka perjalanan hidup saya. Syukur alhamdulillah. 


2 MAC 2016 

Sebelum ini hebah pada jiran tetangga, kawan-kawan jauh dan dekat, rakan-rakan sepejabat tentang penceraian kita talak 3. Walhal ia tidak pernah berlaku mahupun wujud. 

Kerana hal kecil ini, 1 Malaysia tahu tentang kisah kita yang tersebar melalui media sosial, surat khabar, televisyen dan radio hari ini. 

Pedih, sakit, menderita semua ada sebelum ini. Tetapi selepas diceraikan, alhamdulillah semua itu secara automatiknya hilang. 

Tiada apa yang perlu disedihkan dengan penceraian ini. Saya berani kerana benar. Jika saya salah, tidak mungkin saya akan tunjuk muka di majlis perkahwinan awak untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran. 
\
Kepada bekas mertua, terimalah menantu dan adik ipar baru seadanya dan kerana dia, Nor Shahida binti Tohair, adalah pemusnah rumah tangga saya dan bekas suami. 

Hari ini, kisah duka saya sudah berakhir. Sama ada tahu atau tidak tentang perceraian kami, ia tetap fitnah kerana hebah pada semua orang tanpa bukti sebelum ini. Dan hari ini saya nak beritahu, ini barulah benar-benar kami sudah bercerai talak 3. 

Alhamdulillah. Di mahkamah dunia awak terlepas, semoga kalian semua berbahagia. Selamat tinggal penderitaan yang kalian semua beri pada saya. Berakhir sudah kisah cinta kita Mohamad Badrul Hisyam Mahtar. Moga berbahagia sehingga ke syurga.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top