0
A+ A-
Awas Muslimah, Hindari Jubah Telanjang Ini | BELUM pun reda mengenai isu Jubah Pahlawan atau Jubah Sado yang viral di laman sosial akhir-akhir ini, kini timbul pula isu berkaitan jubah wanita atau jubah Muslimah yang diibaratkan seolah-olah bertelanjang atau bogel. 

Waspada Muslimah, Jangan Pakai Jubah Telanjang Ini

Trend fesyen busana atau jubah Muslimah dalam kalangan wanita tempatan memang mendapat perhatian akhir-akhir ini. 

Tambahan pula, ramai artis tempatan yang mula berhijrah ke arah yang lebih sopan dan terbitnya jenama-jenama Muslimah selebriti itu sendiri. 

Awas Muslimah, Hindari Jubah Telanjang Ini

Ramai dalam kalangan mereka yang sudah berhijrah namun penampilan mereka tetap patuh pada Syariah antaranya Diana Amir, Irma Hasmie dan beberapa lagi artis terkenal tanah air. 

Awas Muslimah, Hindari Jubah Telanjang Ini
Diana Amir

Busana Muslimah atau sebarang pakaian yang dikategorikan sebagai pakaian Muslimah sepatutnya menutup aurat dan memenuhi garis panduan dan etika pemakaian seorang muslimah. 

Namun sebaliknya berlaku dalam perkembangan fesyen Muslimah tanah air semenjak kebelakangan ini. 

Jubah atau busana Muslimah yang sepatutnya mencerminkan identiti wanita Muslimah yang mempunyai pekerti sebagai seorang yang pemalu, rendah diri, sederhana, bermaruah dan mulia telah dieksploitasi dengan kemunculan jubah ‘Muslimah’ hakikatnya bertelanjang. 

Bukan dosa atau pahala yang cuba dipersoalkan, tetapi keselamatan kaum Hawa itu sendiri akan terjejas sekiranya penampilan yang menjolok mata mengundang ‘buaya’ darat yang ada di sekeliling. 

Tidak dapat dinafikan bahawa rekaan jubah sekarang memang menutup aurat dan tidak menampakkan warna kulit. Akan tetapi potongan jubah yang ketat harus dipersoalkan, seolah-olah si pemakai mendedahkan aurat secara ‘berhemah’ dan ‘sopan’ hakikatnya timbul sana sini. 

Awas Muslimah, Hindari Jubah Telanjang Ini

Sedarlah bahawa tujuan asal jubah adalah untuk mengurang impak seksual dan menghalang pengaruh dari tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. 

Nasihat kami kepada wanita di luar sana yang berhijab mahupun tidak, tidak salah untuk ikuti perkembangan fesyen semasa tetapi harus ada garis panduannya lebih-lebih lagi golongan ‘Hijabister’.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top