0
A+ A-
Tanggal 4 April 2016, Malaysia berjaya mencatat sejarah dengan kemenangan yang dibawa anak muda, Khairul Idham Pawi dalam kejohanan motoGP dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina.

Saingan hebat Khairul Idham dalam menguasai perlumbaan tersebut melayakkan remaja muda ini mengungguli takhta juara di mana dalam siri perlumbaan dunia kali ini, beliau berjaya mengalahkan pelumba hebat yang lain.

Satu kemenangan yang mencipa sejarah dalam dunia sukan perlumbaan, Khairul Idham bawa nama Malaysia ke persada dunia.

Namun, disebalik kemenangan rider terhebat ini, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah pemuda ini? Menerusi Astro Awani, kami kongsikan kepada anda 5 perkara yang wajib rakyat Malaysia tahu mengenai Khairul Idham Pawi :

5 Perkara Menarik Tentang Khairul Idham Pawi

1. Khairul Idham Pawi berasal dari Kampung Gajah, Perak dan mempunyai empat adik-beradik. Dia merupakan anak ketiga.

2. Menurut New Straits Time Online, ayah Khairul, Pawi Omar merupakan seorang peniaga kelapa sawit. Ayahnya sendiri memberi dorongan untuk menyertai perlumbaan antarabangsa untuk mengelak Khairul terlibat dalam perlumbaan haram. 

3. Khairul Idham pernah menjuarai tempat pertama dalam persaingan Asia Dream Cup pada tahun 2014.

4. Ini bukan kali pertama Khairul bersaing dalam Grand Prix, sejak tahun 2012 lagi, Khairul sudah berusaha untuk merangkul takhta kejuaraan itu.

5. Pada tahun 2013, Khairul berjaya memenangi kejuaraan pertama dalam saingan Piala Impian Asia (ADC)

Netizen tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada wira Malaysia ini, satu kepulangan yang amat membanggakan. Syabas sekali lagi diucapkan !

Catat Ulasan Blogger

 
Top